seismik

[VIDEO] “Belasah Beramai-Ramai” - 13 Pelajar Kini Ditahan Polis Bantu Siasatan Kes Buli

Mereka terdiri daripada pelajar tingkatan 4.

Cover image via @4rshrf (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kes buli di sekolah kini semakin berleluasa, sebab itu ibu bapa perlu sentiasa memantau keadaan anak mereka

Ia bukanlah perkara yang asing lagi dalam masyarakat kita. Tambahan pula, bagi mereka yang dibuli rakan mereka sehingga menyebabkan trauma. Hal ini sepatutnya tidak terjadi.

Baru-baru ini tular sebuah video di Twitter memaparkan seorang pelajar dibelasah oleh rakan-rakannya di sekolah telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Aksi lagak 'gangster' makan diri sendiri

Menerusi video tersebut, kelihatan aksi beberapa orang pelajar sekolah menengah di Langkawi memukul, memijak, menumbuk dan menendang pelajar.

Difahamkan, mangsa seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi selepas dipukul oleh beberapa pelajar lain di sebuah sekolah menengah di Langkawi pada Rabu.

Menurut sumber, tangkapan itu dilakukan antara pukul 12.30 tengah hari hingga 3 petang tadi membabitkan beberapa lokasi termasuk sekolah serta kediaman pelajar berkenaan.

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan termasuk merakamkan keterangan 13 pelajar tersebut.

Terdahulu, polis mengesahkan perselisihan faham punca seorang pelajar dipukul serta dipijak beramai-ramai oleh pelajar lain dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di situ.

"Benda boleh tido je dalam kelas, sebok nak gaduh" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut mengecam tindakan pelajar-pelajar tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 359.9K views, 9,129 retweets dan 10.1K likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Semoga ada keadilan untuk mangsa :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: