seismik

[VIDEO] Baru Nak BerTikTok, Sekali Tiba-Tiba Ada 'Entiti' Muncul Dekat Belakang. Seram!

Meremang satu badan.

Cover image via @fyfa09 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ternampak kelibat makhluk halus bukanlah satu perkara asing lagi bagi kita

Ada orang hijabnya terbuka dan memang senang nampak entiti atau makhluk halus ini, tetapi ada juga yang susah nak nampak.

Begitu juga dengan video yang viral baru-baru ini apabila pasangan suami isteri sedang membuat tarian di TikTok dan menyedari kelibat hitam di dalam video mereka mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@fyfa09

tengok betul betul aku salah tengok ke ? ##masukfyppliss ##fyp

Unlock It (Ctrl Superlove) - Roy Kk

Tak perasan masa tengah menari tiba-tiba ada kelibat berwarna hitam 'menjengah' dekat belakang

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna bernama @fyfa09, kelihatan dia sedang merakam TikTok bersama suaminya di dalam sebuah hotel semasa itu.

Apa yang menyeramkan adalah sebaik saja dia memuat naik video tersebut di TikTok, dia baru terperasan ada satu kelibat makhlus halus berwarna hitam di dalam kameranya sebelum dia menari.

Fyfa berkongsi video tersebut di akaun TikToknya dengan kapsyen "tengok betul-betul, aku salah tengok ke?".

"I just open my TikTok and it's night! Kenapa sis?! Tak baca komen dah terasa seram sejuk" - Netizen

Video berkenaan tular sehingga meraih 1.1M views, 86.7K likes dan 3.3K shares di TikTok. Manakala hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut merasa seram selepas melihat kelibat itu.

Namun, ada juga di antara mereka yang tidak nampak kelibat hitam yang dimaksudkan walaupun sudah meninggikan brightness telefon.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sampai sekarang tengok berkali-kali pun tetap meremang bulu roma, maksudnya tu memang betul hantu ke? :O

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: