seismik

[VIDEO] Baru Darjah 1, Budak Lelaki Ini Kongsi Dapat Surat Cinta From 'Crush' Di Sekolah

Hebat dik ada peminat.

Cover image via @omarali_128 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Zaman sekolah merupakan zaman kanak-kanak yang penuh dengan kenangan manis

Banyak benda yang kita belajar semasa di sekolah. Bukan itu sahaja, pasti ramai di sini yang pernah merasai cinta monyet betul tak pada zaman itu.

Tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang budak lelaki berkongsi telah mendapat surat cinta daripada seseorang di sekolah telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@omarali_128 Baru darjah 1 dah dapat surat cinta #naim #raya2022 bunyi asal - Wahab Golok

Tunjuk dapat surat cinta, bapa pula selamba baca

Menerusi video tersebut, kelihatan si ayah baru saja mengambil anaknya pulang dari sekolah. Sebaik saja memasuki kereta, anak lelakinya itu menghulurkan surat dan memberitahu dia telah mendapatnya daripada seseorang.

Situasi itu membuatkan si ayah terus buka dan membacanya. Malah, si ayah sempat tergelak membaca isi di dalamnya dan tidak menyangka anaknya itu mempunyai peminat di sekolah.

"Untung kau dik ada awek minat, abang ni hm rasa macam nak order dalam Lazada awek" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai respon selepas melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 926.8K views, 65.6K likes dan 1,601 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Kecil-kecil pun dah ada crush ya, pelajaran jangan lupa okay :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: