seismik

[VIDEO] Bapa Ini Cuba Ajar Bunyi Haiwan, Tapi Lain Pula Yang Jadi Sampai Anak Menangis

Kesian dia sampai menangis.

Cover image via @twt_alia (Twitter)

Dapat belajar bersama ibu bapa sudah semestinya aktiviti yang menyeronokkan bagi kanak-kanak

Sesi pembelajaran pula jadi semakin menyeronokkan apabila ibu bapa melakukan aktiviti yang mereka suka sambil belajar.

Antara aktiviti yang sering dilakukan adalah buku belajar untuk mengenal haiwan. Buku ini adalah antara buku pembelajaran awal yang gemar dibaca oleh kanak-kanak kerana mereka dapat melihat rupa haiwan yang comel di dalam buku tersebut.

Namun, lain pula yang terjadi dengan video perkongsian di laman Twitter ini apabila seorang kanak-kanak menangis setelah mendengar bunyi haiwan daripada bapanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Asian Parent

Minta anak cuba teka nama haiwan yang berada dalam buku

Menerusi video yang dikongsikan oleh ibu kanak-kanak berkenaan, semasa itu si anak sedang belajar bunyi haiwan dengan bapanya.

Malah, bapanya juga turut membuat satu persatu bunyi haiwan yang berada di dalam buku itu sehinggalah bunyi lembu dan meminta anaknya untuk mencari bunyi haiwan apa yang dia lakukan.

Bunyi lembu daripada bapa menakutkan sampai anak mula menangis

Tetapi, apa yang lebih melucukan adalah apabila kanak-kanak itu sedang menyelak muka surat di dalam buku dan cuba mencari haiwan yang dimaksudkan oleh bapanya, timbul bunyi lembu yang agak 'menyeramkan' dibuat oleh bapanya sehingga dia menangis.

Bunyi lembu yang kedengaran kuat dan agresif itu telah membuatkan kanak-kanak berkenaan takut sebelum menangis dan pergi ke ibunya.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen juga mendapati warganet turut terhibur melihat tindakan bapa tersebut menyakat anaknya dan kasihan dengan kanak-kanak berkenaan

Alahai, kesian adik ni dapat ayah yang suka menyakat ya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: