seismik

[VIDEO] Bakal Tunang Kongsi Kenangan Terakhir Dengan Arwah Siti Nur Surya Undang Sebak

"Semoga syurga tempat awak" :(

Cover image via @ekalthe6 (Instagram)

Seluruh Malaysia kini gempar dengan rentetan kes pembunuhan kejam remaja perempuan, Siti Nur Surya Ismail

Gadis berusia 19 tahun itu dibunuh di hadapan ibunya sendiri pada Ahad, 1 November 2020 di Kampung Lubok Batu, Telemong, Hulu Terengganu.

Keadaan arwah sangat tragis ketika ditemui adiknya sendiri dalam keadaan tertiarap berlumuran darah serta putus pergelangan tangan. Arwah juga mengalami kecederaan di bahagian badan dan muka akibat daripada pergelutan.

Menurut sumber, ibu arwah hanya terlantar di katil dan tidak mampu untuk buat apa-apa akibat mengalami kanser otak.

Bakal tunangnya, Muhammad Haiqal Adnan yang juga berusia 19 tahun berkata arwah Siti Nur Surya sempat menghantar mesej kepadanya pagi sebelum kejadian dengan ucapan jaga diri.

Kata Haiqal, dia terkilan kerana tidak sempat menunaikan hasrat arwah untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

"Kami merancang untuk buat majlis pada tahun ini tetapi disebabkan Covid-19 ditambah pula dengan keadaan ibunya yang sakit, kami merancang untuk buat majlis tahun depan," katanya.

Video kenangan terakhir bersama arwah sempat dikongsi Haiqal di akaun Instagram miliknya semalam, 3 November 2020

Hati siapa yang tidak remuk dan sedih apabila mendapat tahu kematian bakal tunang sendiri, lebih-lebih lagi dibunuh dalam keadaan yang sangat tragis.

Susulan tularnya video yang dimuat naik Haiqal, pada awalnya dia mendapat mesej daripada salah seorang kawan mengatakan arwah Siti Nur Surya sudah tiada.

"Macam tidak percaya. Saya bersama ibu baru berjumpa arwah di rumahnya, Sabtu lalu ketika menziarahi ibunya dan arwah amat mesra bersembang dengan ibu," katanya.

Berikut di bawah adalah video penuh yang dimuat naik Haiqal:

Dihujani ucapan dukacita dan titipan doa daripada netizen

Video kenangan bersama arwah pastinya telah membuatkan ramai sebak dan menangis kerana menurut Haiqal, arwah Siti Nur Surya adalah anak yang baik. Arwah sanggup menjaga ibunya yang terlantar sakit dan menangguhkan perkahwinannya bersama Haiqal.

Video itu kini telah mencecah sehingga lebih 2 juta tontonan dan dihujani hampir 14,000 komen. Semua turut bersimpati atas kehilangan arwah Siti Nur Surya.

Difahamkan, Haiqal juga telah kehilangan ayahnya pada 15 April lalu, kini dia kehilangan seorang lagi insan tersayang.

Antara komen daripada netizen di Instagram:

Terdahulu, dipercayai suspek merupakan kawan baik arwah sendiri dan motif pembunuhan dikatakan berpunca daripada salah faham yang melibatkan duit.

Suspek kini sedang direman selama 7 hari sebelum tindakan lanjut diambil.

Semoga arwah Siti Nur Surya ditempatkan bersama orang-orang beriman dan rohnya dicucuri rahmat.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel berkaitan di bawah:

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: