[VIDEO] Bahang Tersangat Panas, Penduduk Terjun Sungai Untuk Selamatkan Diri
Sebelum ini, media melaporkan kebakaran di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights pada pagi tadi berpunca daripada kebocoran paip gas.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini tular seluruh negara apabila berlakunya kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights semalam
Menerusi laporan Berita Harian, punca sebenar kebakaran saluran paip gas sepanjang 500 meter di Putra Heights itu didakwa berlaku akibat kerja korek tanah di tanah rizab Petronas.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta PETRONAS akan melakukan pemeriksaan di kawasan-kawasan tertentu bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran berkenaan.
Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Petronas juga akan melakukan pemeriksaan serta siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran.
Tular video orang ramai terjun sungai selamatkan diri
Sementara itu, tular di sebuah video di TikTok @jalanan_berduri memaparkan penduduk di sekitar kawasan terjejas bertindak menerjun ke dalam sungai berhampiran.
“Penduduk lari turun ke pinggir sungai melambai mohon dibantu. Bahang api amat panas,” tulis kapsyen video tersebut.
Di dalam video berdurasi 15 saat itu memaparkan penduduk bertindak berada di dalam sungai kerana akibat bahang yang terlalu panas dan demi untuk menyelamatkan diri masing-masing.
Malah, ramai juga pengguna media sosial yang mendoakan agar mereka sentiasa dilindungi dan semuanya akan kembali selamat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!