seismik

[VIDEO] "Auto Lulus" - Aksi Gadis Bawa Motor Masa Latihan Memandu Ini Undang Ketawa Ramai

Sampai melompat-lompat tu.

Cover image via @zairiesudin (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti rata-rata anda di sini yang sudah mengambil ujian memandu bukan?

Iyalah, kalau kita tidak ambil ujian memandu, tidaklah kita boleh bawa kereta hari ini. Mesti banyak perkara yang anda tidak dapat lupakan waktu pertama kali menjejakkan kaki ke kelas memandu betul tak?

Namun, lain pula dengan video seorang gadis ini apabila aksinya menunggang motosikal semasa sedang latihan telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Bantai bawa laju masa dekat kawasan berbonggol

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang menjalani latihan menunggang motosikal di salah sebuah institut latihan memandu.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dia dilihat dengan laju menunggang motornya semasa di bahagian berbonggol. Perkara itu menyebabkan motornya sehingga melompat-lompat akibat daripada kelajuannya itu.

"Kira power juga tak jatuh, kira lulus lah ni pilot tak gelabah" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat aksi gadis tersebut. Ramai juga yang berkongsi pandangan mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 13.6M views, 810.5K likes dan 40.2K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kuat betul sis tu grip, tak jatuh langsung :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: