seismik

Video Aunty Cina Ini Terkejut & Melatah Sebut ‘Ya Allah’ Buat Ramai Terhibur. Comel Je!

Nasib baik abang tu tak kena ketuk.

Cover image via @syarifshaarani (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Perbuatan melatah biasanya sering terjadi dalam masyarakat Melayu, terutamanya golongan wanita berumur

Namun, sebenarnya ada je bangsa lain yang juga mempunyai sifat melatah ini. Tetapi, mungkin tahap melatah mereka itu tidaklah teruk sangat.

Sama seperti sebuah video ini yang memaparkan seorang aunty Cina yang dikejutkan oleh lelaki di dalam kereta telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Terkejut tingkap tiba-tiba terbuka, siap melatah sebut "Ya Allah"

Menerusi video yang dikongsi oleh @syarifshaarani, kelihatan lelaki itu sedang berada di dalam kereta. Kebetulan, lalu seorang aunty Cina dan lelaki itu secara tiba-tiba menurunkan tingkap di bahagiannya.

Perkara itu telah membuatkan aunty berkenaan terkejut dan melatah. Apa yang lebih menghiburkan, dia siap menyebut "Ya Allah" dan telah membuatkan lelaki itu pula terkejut.

"Sengaja tengok ulang-ulang, harap tak sakit jantung auntie tu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini berjaya mencecah 3.4M views, 414.7K likes dan 8.7K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur selepas melihat cara aunty Cina itu terkejut.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lawaklah aunty, tapi serius comel cara dia terkejut tu :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: