seismik

[VIDEO] Anak Tudung Pakai Dekat Luar, Telatah Budak Dekat Sekolah Ini Buat Ramai Terhibur

Dik, tu jadi beanie ke apa dik?

Cover image via @ainiyana69 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti umum ketahui, sesi persekolahan baru saja bermula beberapa hari yang lepas

Banyak gelagat dan telatah budak sekolah yang boleh kita lihat. Iyalah, bagi murid yang tahun satu, mereka tidak terbiasa lagi dengan alam persekolahan.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak perempuan memakai anak tudung di bahagian luar telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@ainiyana69

firstDay sekolah . anok murid kito pah ko luar nyo pakai scarf

- ABCandE - ABCandE

Orang lain pakai anak tudung dekat dalam tudung, dia pula pakai dekat luar

Menerusi video berkenaan, kelihatan situasi rakaman sedang menunjukkan murid tahun satu menjalankan program orientasi di dewan sekolah. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang murid perempuan dilihat memakai tudung dengan cara luar biasa dan unik. Dia memakai anak tudung di luar dengan selambanya. Malah, dia juga tidak menghiraukan fesyennya itu. 

"Dia pakai kat dalam asyik bergerak je tudung luar, haa sekali pakai kat luar kan diam tudungnya" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 982K tontonan, 124K tanda suka dan 6K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat telatah budak itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Hm, ingatkan adik dekat London tadi hehe :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: