seismik

[VIDEO] Anak Sekolahkan Ayah Sebab Sebut Perkataan 'Menyampah' Ini Curi Tumpuan Ramai

Terdiam terus!

Cover image via @nadzirnazuwan (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Keperibadian anak-anak yang baik bermula daripada didikan ibu bapa

Ibu bapa bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak tentang perkara baik dan buruk. Hal ini kerana, ibu bapa perlu mendidik mereka seawal yang boleh agar mereka menjadi seorang insan yang baik apabila sudah dewasa kelak.

Baru-baru ini, tular sebuah video apabila si anak menegur ayahnya kerana menyebut perkataan menyampah ketika di kedai makan telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@nadzirnazuwan Salah cakap sikit pun kena marah, anak2 semua tak rilek la #fyp #xyzbca #foryou original sound - Nadzir Nazuwan

Tersilap sebut 'menyampah' depan makanan, habis kena tegur dengan anak-anak

Menerusi video tersebut, kelihatan si ayah menyebut perkataan 'menyampah' ketika di kedai makan. Namun, apabila di dalam kereta, dia ditegur oleh anak-anaknya.

Gelagat si anak petah berkata-kata ketika menegur ayahnya membuatkan ramai yang terhibur.

"Takyahlah cakap menyampah, Itu namanya menyampah bila makan dengan isteri. Maksudnya macam abah menyampahlah bila makan dengan mama. Macam tu," kata anaknya.

"Yes, terbaiklah adik-adik ni, cute je. Cara tegur pun sopan" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memuji cara anak-anaknya menegur si ayah.

Susulan tularnya video tersebut, kini video berkenaan telah meraih sebanyak 820.8K views, 67.7K likes dan 3,046 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Akhirnya, kemenangan berpihak kepada si ibu! :P

Image via Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: