seismik

[VIDEO] Anak Patung Gerak Sendiri Tengah Malam, Lelaki Ini Cuak Tengok CCTV Rumah

Seramnya!

Cover image via @terbangmd (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, ada di antara kita pasti akan cuak kalau berdepan dengan perkara yang menakutkan

Iyalah, siapa saja yang tak naik bulu roma kan bila terjumpa makhluk ghaib ataupun benda yang seram? 

Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan rakaman CCTV di sebuah kampung pada waktu malam telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Terkejut nampak anak patung tolehkan kepala

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki memuat naik sebuah rakaman CCTV di rumah kenalannya di Twitter. 

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila anak patung dilihat menolehkan kepala dalam rakaman tersebut. Kejadian itu berlaku di ruang tamu dalam sebuah kabinet. 

Selain itu, dia juga dilihat memuat naik sebuah video lagi yang menunjukkan bayang-bayang hitam muncul di kaca kabinet dapur. 

"Sebab itu orang tua-tua cakap jangan beli rumah besar, beli rumah kecil. Baru hantu tak muat nak masuk." - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 379K views, 2K retweets dan 5K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Seram ya tengok anak patung tu bergerak sendiri, tak berani nak ambil air malam-malam dah! :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: