seismik

[VIDEO] Anak-Beranak Buat Parodi 'Mami Jarum', Timbunan Emas Pula Jadi Tumpuan Ramai

Amboi, banyak sungguh gelang dia.

Cover image via @fazza..fazza (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, ramai TikTokers yang membuat content tentang parodi filem Mami Jarum

Mereka membuat parodi daripada salah satu babak yang dilakonkan oleh Rita Rudaini dan Kartina Aziz. Pelbagai prop yang kreatif digunakan bagi menarik perhatian viewers.

Sama seperti video yang tular di laman sosial TikTok, gelagat anak-beranak melakonkan semula babak Mami Jarum itu telah mencuit hati orang ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@fazza..fazza eleh kita pon ada la..cuma malas nk tunjuk2,,takut kene penyakit ain #inda_17 #mamijarum original sound - Diana - Promote Tiktok

Lip sync si cilik nampak macam real

Menerusi video yang dimuat naik oleh @fazza..fazza, kelihatan dia dan anaknya melakonkan semula salah satu babak dalam filem popular Mami Jarum.

Apa yang menarik perhatian ramai apabila dia menggunakan ring langsir yang berwarna emas sebagai prop. Unik ya emasnya!

Tambahan lagi, gelagat si anak yang mengikut sahaja ragam ibunya itu turut dipuji ramai.

"Adoi, yang anak tu pun ikut je ragam mak dia. Menjadi pula tu." - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rat netizen memuji lakonan dan kecomelan anak-beranak itu.

Ketika menulis artikel ini, video berkenaan telah mencecah sebanyak 1.6M views, 94.5K likes dan 2,007 comments di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kreatif sungguh! Sampaikan dekat gigi pun ada emas :D

Image via tenor.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: