seismik

[VIDEO] Aksi Mukhriz Mahathir 'Stretching' Ala-Ala Sherry Alhadad Bikin Netizen Terhibur

Pandai juga berjenaka Datuk Seri :)

Cover image via Instagram @sherry_alhadad & Instagram @mukhrizmahathir

Malaysia telah menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama lebih 3 minggu sejak ia dilaksanakan pada 18 Mac lalu

Sepanjang tempoh PKP ini, pelbagai ragam dan bakat dapat dilihat dalam kalangan rakyat Malaysia gara-gara 'terperap' di dalam rumah untuk mengelak dari dijangkiti wabak Covid-19.

Antara aktiviti yang sering dilihat dilakukan oleh masyarakat kita pada hari ini adalah seperti memasak, mengubah-suai tanaman di sekitar rumah, membuat renovasi bilik, membuat aktiviti senaman dan pelbagai lagi.

Setiap hari, ada sahaja video lawak dan kreatif muncul di laman media sosial bagi berkongsikan aktiviti yang telah dilakukan mereka.

Turut tidak ketinggalan berkongsi video jenaka ketika membuat aktiviti ketika di PKP ini adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir

Sebuah video yang dimuat naik oleh Datuk Seri Mukhriz di laman Instagram miliknya semalam telah berjaya mencuri perhatian netizen ketika ini.

Mana tidaknya, menerusi video tersebut, beliau dilihat seakan-akan sedang membuat stretching selepas melakukan senaman. Namun apa yang melucukan, stretching yang dibuat oleh beliau itu adalah helah semata-mata dan tidak seperti yang dijangkakan.

Sebelum ini, pengacara dan pelawak, Sherry Alhadad juga ada memuat naik dirinya sedang melakukan stretching dengan 'helah' yang serupa seperti video di bawah:


View this post on Instagram

Jom stretching bersama saya.. 8 lagi

A post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on

Perkongsian video ringkas yang dimuat naik Mukhriz itu telah membuatkan rata-rata netizen yang menontonnya senang dan terhibur

Ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

[LIVE] Press Conference by MOH on COVID-19 | April 3, 2020

[LIVE] Health director-general Datuk Dr Noor Hisham Abdullah’s press conference on the latest COVID-19 updates.

Posted by SAYS on Friday, April 3, 2020

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS Seismik:

You may be interested in: