seismik

[VIDEO] Aksi Lelaki Ini Mahu Berlawan Tanam Pokok Dengan Jiran Sebelah Bikin Dekah. Lawak!

Lawan bang lawan!

Cover image via @mamatgotnochill (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dengan keadaan pandemik sekarang telah memaksa kita semua untuk kekal berada di rumah jika tiada urusan penting

Disebabkan itu, ramai orang melakukan pelbagai aktiviti mereka untuk mengisi masa lapang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki berlawan dengan jiran sebelahnya untuk menanam pokok mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@mamatgotnochill

Dia ingat aku nak duduk diam je ke? Lawan tetap lawan. ##fyp ##foryou

original sound - Mamatgotnochill

Lawan nak tanam pokok lebih banyak dari jiran sebelah

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki dan seorang wanita sedang berada di persekitaran kawasan rumah mereka untuk menanam beberapa jenis pokok.

Dia kemudian memberitahu mahu berlawan dengan jiran sebelahnya kerana mereka suka menanam pokok yang banyak.

Apa yang lebih kelakar adalah dia siap meminta agar kakaknya itu menanam lebih banyak pokok dari jiran sebelahnya. Malah, dia juga sehingga menanam pokok kelapa kerana lihat jiran sebelah menanam pokok pisang.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

@mamatgotnochill

Reply to @aamerqhuzairi lawan tetap lawan. Aku saje nak bagi dia nampak aku tengah siram pokok. ##fyp ##foryou

original sound - Mamatgotnochill

"Tanam, sawit bang, dah besar esok boleh petik hasil" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki tersebut. Malah, ramai yang mencadangkannya untuk menanam pelbagai jenis pokok nanti.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 121.5K likes dan 7,475 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Persaingan yang sihat ya mereka ni. Banyak betul pokok tu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: