seismik

Video AI Menggambarkan Lelaki Sedang Berenang Di 'Neraka' Cetus Kebimbangan Ramai

Semoga kita dijauhkan dengan fitnah akhir zaman.

Cover image via Threads

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penggunaan teknologi AI dilihat semakin berkembang hari ini oleh sebab kemudahan dan kepantasan teknologi itu untuk menghasilkan sesuatu

Teknologi ini boleh dikatakan meliputi pelbagai jenis bentuk penghasilan seperti gambar, audio, penulisan termasuklah video.

Bagaimanapun, teknologi ini nampaknya mula memberi kegusaran kepada orang ramai apabila sebuah video tular menggambarkan seolah-olah seorang lelaki berada di dalam neraka

Image via Threads

Video yang didakwa dihasilkan dari negara jiran Indonesia tersebut menunjukkan kononnya seorang lelaki sedang berenang di 'neraka' pada hari pertamanya di situ.

Image via Threads

Selain itu ada juga terdapat satu video yang menunjukkan beberapa individu sedang mandi di dalam lava yang kononnya juga menggambarkan keadaan di dalam neraka.

Image via Threads

Sejurus tularnya video-video tersebut, ramai orang berasa bimbang dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai sesuatu yang melampau

Image via Threads
Image via Threads

PU Syed selar tindakan jadikan neraka sebagai bahan gurauan

Sementara itu, melalui laporan Kosmo!, PU Syed atau nama sebenarnya, Syed Mohd. Bakri Syed Ishak berkata, perbuatan lelaki terbabit disifatkan seolah mempersendakan agama Islam dan neraka bukan tempat yang boleh dijadikan jenaka.

“Ada seorang individu dari negara seberang melakukan ‘content’ konon-konon berada di dalam neraka. Betapa beraninya dia menjadikan neraka sebagai satu gurauan, sedangkan Nabi pesan kepada kita untuk elak masuk dalam nereka.

“Kita sebagai umat perlu mohon kepada Allah, elakkan diri dari dimasukkan dalam api neraka. Tiba-tiba, orang itu buat konten sedemikian,” katanya.


Image via Hot FM

“Saya minta pihak berkuasa di Indonesia ambil tindakan terhadap individu tersebut, mungkin dia kurang waras atau tidak betul. Andai dia tidak waras, berikan rawatan kepadanya.

“Jika dia orang Islam, kenakan tindakan kerana telah menghina kitab Allah dan jika dia kafir, tunggulah azab Allah yang sebenar-benarnya,” katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: