seismik

[VIDEO] Abang Courier Cuak CCTV Keluarkan Suara Masa Letak Barang, Reaksinya Pula 'Win'

Muka dia tu lawak!

Cover image via @durkaadevi22 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pasti kita ada rasa teruja dan tak sabar kan bila lihat barang yang kita beli secara online sudah pun berada di status penghantaran

Sampai kadang kala sanggup menunggu dan bersiap-siap untuk mengambil parcel tersebut.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila reaksi seorang pekerja courier lelaki menghantar barang di salah sebuah rumah telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Baru nak letak barang dalam pagar rumah sekali dapat arahan dari CCTV

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang berada di depan sebuah rumah pelanggannya untuk penghantaran barang.

Dia kemudian meletakkan barang tersebut dengan perlahan-lahan melalui pagar rumah itu secara berselang-seli.

Namun, semasa dia melakukan perkara itu dia terdengar bunyi suara yang memberi arahan agar campak saja barang tersebut.

Apa yang lebih menghiburkan adalah reaksi mukanya seolah-olah seperti terkejut apabila tahu suara itu datang dari CCTV rumah pelanggan tersebut. Dia kemudian mengikuti arahan seperti yang disuruh dan sempat memberikan thumbs up kepadanya.

"Hahaha sempat lagi thumbs up, comel" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi lelaki tersebut. Malah, ramai yang memujinya kerana meletakkan barang secara baik.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 632.8K views, 68.1K likes dan 888 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Terkejut terus muka dia bila dengar suara dari CCTV tu :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: