seismik

Vaksin Influenza Habis Stok, Ibu Ini Tampil Dengan Alternatif Lain Sebagai Cara Pencegahan

Mungkin anda boleh praktikkan cara ini juga. InsyaAllah, anak-anak akan selamat.

Cover image via Ann Suraya/Facebook

Mungkin ramai yang masih belum peka bahawa vaksin influenza ini adalah untuk mengelakkan virus 'perangkap' maut

Menurut seorang Pakar Perunding Perubatan dan Geriatrik, Dr Nordiana Nordin, dia berkata bahawa pengetahuan mengenai jangkitan influenza di seluruh dunia masih rendah disebabkan pemahaman yang salah.

Dr Nordiana Nordin, Pakar Perunding Perubatan dan Geriatrik.

Image via NSTP/Nik Hariff Hassan

Dia turut menjelaskan bahawa influenza atau disebut sebagai flu dan demam selesema adalah dua kes jangkitan yang berbeza. Namun begitu, ramai orang awam yang salah faham bahawa kedua-duanya adalah sama.

“Selesema mempunyai simptom seperti hidung berair, sakit tekak, batuk dan demam dalam tempoh yang pendek dan mampu pulih sepenuhnya dalam tempoh 48 jam.

“Berbeza flu semua simptom sama dengan selesema, dengan demam yang lama, sakit kepala, sakit otot, sengal sendi, iaitu lima hingga tujuh hari untuk sembuh. Flu juga mempunyai beberapa peringkat iaitu biasa, sederhana dan kritikal.

“Malah jangkitan influenza boleh menyebabkan komplikasi radang paru-paru dan inflamasi otak seterusnya membawa maut,” katanya.

Menurut laporan, Dr Nordiana juga menyarankan orang ramai supaya mengambil suntikan vaksin influenza untuk mengelak sebarang jangkitan

Gambar sekadar hiasan.

Image via mypositiveparenting.org

Supaya lebih ramai orang awam akan mula mengambil vaksin sebagai langkah pencegahan serta dapat meningkatkan sistem imun badan bagi mengelak sebarang jangkitan.

Namun begitu, seorang wanita di laman Facebook iaitu Ann Suraya telah berkongsi bahawa vaksin influenza kini kehabisan stok dan dijangka akan kembali ada dalam masa dua hingga tiga bulan

Oleh itu, wanita ini tampil dengan alternatif lain sebagai langkah pencegahan serta untuk melindungi anak-anak tersayang. Perkongsian yang ditulis berjaya meraih lebih 14 ribu shares dan 3.4 ribu komen ketika artikel ini ditulis.

Baca penuh di bawah:

Menurutnya, ini hanya langkah untuk mencegah. Selebihnya, kita serahkan kepada Yang Berkuasa.

Disebabkan vaksin influenza dah kehabisan stok dan dijangka 2,3bulan lagi baru ada. maka...si ibu terpaksa mencari altenatif lain..langkah ini hanya mencegah selebihnya kita berserah..kerana setiap penyakit datangnya dari Allah dan kesembuhannya jugak datang dari Allah..kita sebagai manusia hanya perlu ikhtiar apa yang kita rasa baik..

1) kami bagi anak makan scott's emulsion vita untuk bantu kekalkan fungsi ketahanan badan..kami beli dengan harga rm15 dekat watson sebab diaorg tengah buat promosi..

2) sebelum pergi sekolah sapu instant hand sanitizer ni kat tangan anak untuk bantu bunuh kuman..

3) spray dettol pada pekakas beg sekolah,kasut sekolah,buku sekolah,alat tulis dan seangkatan denganya untuk membunuh virus dan bakteria..

4) pakai facemask sewaktu di sekolah..penggunaan facemask kat sekolah guru2 kena main peranan penting..tahu la budak ni diaorang bukan selesa..sekolah perlu mewajibkan penggunaan facemask..

5) anak balik sekolah terus mandikan..aku pilih guna dettol untuk membunuh bakteria yang melekat pada anggota badan selama di sekolah..

6) pakaian sekolah anak baju,seluar,tudung,skaf,singlet,seluar dalam,tali leher,stokin terus basuh untuk elak bakteria atau virus yang melekat pada pakaian..

7) meletakkan hirisan bawang merah dipersekitaran rumah sebab dapat menjaga kesihatan tubuh kerana mampu menyerap virus. (ini tak sure betul atau x sebab ada baca artikel kata tak betol tapi balun p jela).

Scott's Emulsion.

Image via Ann Suraya/Facebook

Hand sanitizer Dettol.

Image via Ann Suraya/Facebook

Spray Dettol.

Image via Ann Suraya/Facebook

Mask muka.

Image via Ann Suraya/Facebook

Sabun mandi Dettol.

Image via Ann Suraya/Facebook

Hirisan bawang merah untuk persekitaran rumah.

Image via Ann Suraya/Facebook

Cara ini bukan bererti anak kita sudah selamat ya..hanya pencegahan..selagi cara ini tidak memudaratkan anak tak salah kita mencuba. Moga anak2 kita terlindung daripada sebarang penyakit.

Amin...

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Mencegah adalah lebih baik daripada merubati. InsyaAllah.

You may be interested in: