seismik

Ustaz Wadi Annuar Mohon Maaf Terbuka Sebut 'Sembah Syaitan' Dalam Perarakan Thaipusam

Beliau dikatakan menyebut perkara itu ketika berceramah di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka, Jumaat lalu.

Cover image via Masjid Al-Azim Masjid Negeri Melaka (Facebook)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penceramah bebas, Mohamad Wadi Annuar Ayub atau lebih dikenali sebagai Ustaz Wadi Annuar membuat permohonan maaf secara terbuka hari ini kepada seluruh penganut Hindu, susulan kenyataannya mengenai 'sembah syaitan' yang dikaitkan dengan Thaipusam, baru-baru ini

Beliau dikatakan menyebut perkara itu ketika berceramah di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka, Jumaat lalu.

"Di dalam ceramah itu, saya menyebut tentang Thaipusam yang di dalamnya ada sekumpulan orang Melayu Islam menyertai perarakan itu dan saya menyatakan ajaran agama Islam tidak membenarkan penganutnya menyertai perayaan berbentuk agama itu.

"Namun saya terlepas pandang dengan menyebut perkataan 'sembah syaitan' dan ia adalah kesilapan daripada mulut saya.

"Maka pada pagi ini, saya memohon maaf secara terbuka dan mengakui kesilapan itu. Saya mohon maaf kepada semua penganut agama Hindu dan masyarakat India di Malaysia khususnya dengan seikhlas hati atas kekhilafan yang berlaku," katanya dalam video permohonan maaf dimuat naik di media sosial, hari ini.

Permohonan maaf itu dibuat selepas selesai menyampaikan kuliah dhuha di sebuah masjid, pagi tadi mungkin di Sendayan, Negeri Sembilan yang disiarkan secara langsung di Facebooknya.

Tidak berniat menghina agama lain dan meminta maaf atas kekhilafannya dan salah faham yang tercetus ekoran ceramah itu

"Sesungguhnya saya tidak berniat untuk menghina agama lain dan saya tidak berniat untuk menyinggung perasaan penganut agama lain.

"Semoga dalam majlis ceramah dan majlis ilmu yang barakah ini Allah SWT memadamkan api fitnah tersebut dan Allah SWT mengekalkan kita semua dalam kehidupan yang tenang dan aman damai," katanya.

Beliau turut meminta mana-mana pihak yang memuat naik potongan ceramah itu supaya memadamkannya kerana ia boleh mengundang salah faham daripada penganut agama lain.

Berikut di bawah adalah kenyataan penuh permohonan maaf maaf secara terbuka daripada Ustaz Wadi Annuar seluruh penganut Hindu:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: