seismik

Ustaz Azhar Idrus Patah Tangan Dan Hidung Selepas Jatuh Basikal Di Terengganu

Ustaz Azhar Idrus turut memaklumkan di laman Facebook milik beliau bahawa semua kuliah yang sepatutnya disampaikan terpaksa ditangguh seketika sehingga diberitahu.

Cover image via Harian Metro

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) baru-baru ini telah dikhabarkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya

Image via Harian Metro

Menurut laporan, Ustaz Azhar Idrus pada ketika itu sedang menyertai kayuhan santai bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah sebelum terlibat dalam kemalangan tersebut.

Difahamkan, kayuhan santai itu bermula dari Masjid Khalifah di Jalan Pusara dan ke sekitar bandar raya sebelum kembali semula ke masjid.

Kejadian telah berlaku pada jam 6:30 petang, 4 November 2019 selepas basikal yang ditunggangnya itu tiba-tiba secara berhenti mengejut dan menyebabkan UAI terpelanting.

Penceramah tersebut dikatakan patah tangan kiri dan hidung selepas terjatuh ketika dalam perjalanan ke rumahnya di Jalan Pusara, Kuala Terengganu

Image via Harian Metro

Pembantu khas UAI, Wan Safari Wan Ahmad menjelaskan UAI kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSHZ) untuk mendapatkan rawatan segera.

“Kami bersyukur kerana ketika kejadian peserta yang mengikuti kayuhan santai itu masih berada di kawasan berhampiran dan segera menghulurkan bantuan. UAI masih dirawat di Unit Kecemasan dan sedang diperiksa pakar. UAI mungkin akan menjalani pembedahan segera pada hari yang sama. Bagaimanapun, ia terpulang kepada keputusan pakar dan doktor yang merawatnya," katanya.

Tiada apa yang perlu dibimbangkan, jika sayangkan UAI, doakan keselamatan dan semuanya dipermudahkan buat UAI."
Pembantu khas UAI, Wan Safari Wan Ahmad

Ustaz Azhar Idrus turut menangguhkan penyampaian kuliah di Surau Pak Tuyu, Mengabang Telipot malam semalam kerana perlu berehat selepas kemalangan

Hari ini, 5 November, UAI menerusi Facebook miliknya memberitahu bahawa beliau akan menjalani pembedahan di bahagian lengan

Semoga urusan Ustaz Azhar Idrus dipermudahkan dan dipercepatkan kesembuhan. Amin...

Image via Terbaek Network

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Berita terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: