seismik

Ustaz Abu Syafiq Kalah Saman Fitnah, Diperintah Bayar RM2.5 Juta Kepada Khairy Jamaluddin

Khairy telah memenangi saman fitnah melibatkan dirinya semasa bergelar Menteri Kesihatan berhubung pandemik Covid-19 dan program vaksinasi kerajaan.

Cover image via Sinar Harian & Satu Berita

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Khairy Jamaluddin menang saman RM2.5 juta selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintah Abu Syafiq membayar jumlah tersebut kepadanya

Menerusi laporan Sinar Harian, Hakim, Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Raja Mohzan memutuskan perintah tersebut selepas membenarkan saman dikemukakan Khairy Jamaluddin sebagai plaintif.

Pemfailan saman fitnah telah dilakukan Khairy selaku plaintif pada 25 Januari tahun 2022 terhadap Abu Syafiq dan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam selaku defendan di Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun pada 15 April 2024, kes saman terhadap Lokman diselesaikan secara baik apabila beliau bersetuju untuk memohon maaf kepada Khairy dalam tempoh 30 hari selain membayar pampasan.

Image via Sinar Harian

Saman difailkan selepas pihak defendan enggan memenuhi tuntutan plaintif

Saman itu dilakukan susulan tulisan dalam talian melibatkan Khairy ketika bergelar Menteri Kesihatan, berhubung program vaksinasi Covid-19 kerajaan antara 20 Oktober 2021 hingga 10 Januari 2022.

Saman tersebut difailkan melalui tetuan Rashid Zulkifli selepas defendan enggan mematuhi tuntutan Khairy antaranya untuk memadam dakwaan-dakwaan yang melibatkan dirinya pada 16 Januari 2022.

Khairy dikatakan telah menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk serta perintah supaya status dipertikaikan dipadam serta permohonan maaf di media sosial.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: