seismik

'Usap Badan Kau, Tiada Tindak Balas' -Ucapan Selamat Tinggal Tuan Kucing Ini Sedih Betul!

Perpisahan itu sememangnya sesuatu yang amat menyakitkan.

Cover image via Twitter @syerannn

Satu perkara yang paling ditakuti oleh para pencinta kucing adalah kehilangan haiwan peliharaan mereka. Sakitnya, hanya mereka yang pernah mengalami je tahu.

Image via Eiida Khaleeda

Lebih perit apabila kucing peliharaan pergi di hadapan mata. Masa itu memang terasa 'gelap' seketika dunia ini dan akan terbayang momen-momen dengan si manja sambil air mata berjuraian di pipi. 

Namun begitu, ada mitos mengatakan kucing selalunya tahu saat dia akan pergi dan perangai mereka akan berubah seperti menjadi lebih manja, makan lebih banyak dan lain-lain.

Ada juga kucing yang memilih untuk menghilangkan diri daripada mati di sisi tuannya sebab tidak mahu mereka sedih. Akan tetapi, semua ini hanyalah mitos sahaja. Tidak pasti sama ada ia benar ataupun tidak. 

Baru-baru ini, seorang lelaki dikenali sebagai Syerannn berkongsi di laman Twitter miliknya mengenai kematian kucing kesayangannya, Mourie

Baca perkongsian penuh di bawah:

"Sesungguhnya aku terima kasih banyak-banyak Mourie atau aku geram kat dia aku panggil dia Monyun. Berapa hari kau terlantar tapi sehari dua ini kau ajaib, kau boleh bangun. 

"Malahan kau pergi panjat tingkap keluar rumah, pi tidur luar, pi kencing kat luar. Kau nak menikmati pemandangan terakhir ke sebelum pergi tinggalkan kami sekeluarga? 

"Bila aku datang dekat, kau gagah bangun walaupun kaki tak kuat dan datang gesek badan dekat kaki aku, miau dekat aku. Aku tak pasti kau nak bagitahu masa kau dah nak sampai atau kau akan rindukan aku. Ataupun kau nak ucapkan terima kasih dekat aku dan keluarga?

"Kalau kau boleh jumpa ayah, kau pergi gesek badan dekat kaki dia cakap aku kirim salam rindu. Nanti kau jumpa banglong jugak buat benda sama okay? Good boy. 

"Jujur dari hati aku susah nak terima kenyataan ini. Bukak plastik letak kau dalam tanah, kau tidur lena. Tapi sayangnya bila aku usap badan kau, kau tak ada tindak balas. 

"Aku sayang kau Mourie. Terima kasih bagi kenangan dekat kami sekeluarga dan jadi ahli keluarga kami. Aku minta maaf banyak-banyak tak sempat nak bawa kau pergi klinik. Itu buat aku terkilan. I love you," tulisnya. 

Dia juga turut berkongsi beberapa video kucing kesayangannya dan dalam proses membiasakan diri tanpa kehadiran haiwan peliharaannya itu

Perkongsian lelaki itu mendapat perhatian warganet. Malah, mereka juga turut berkongsi pengalaman sama saat kehilangan kucing peliharaan.

Dalam pada itu, ramai juga yang turut sama bersedih dengan kematian kucing pelihaaraan lelaki itu

Bukan mudah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kucing kesayangan. Semoga, lelaki ini kekal tabah!

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ramai rupanya pencinta kucing kat Malaysia:

You may be interested in: