seismik

UPM Diiktiraf Terbaik Di Asia Tenggara Dan Ke-54 Terbaik Dunia

Bidang Sains Pertanian berada pada kedudukan terbaik sejak diperkenalkan.

Cover image via apixpotter.blogspot

Universiti Putra Malaysia Mengorak Langkah Kehadapan Dalam Bidang Sains Pertanian Apabila Diiktiraf Sebagai Universiti Terbaik Di Asia Tenggara, Ketujuh Terbaik Asia Dan Ke-54 Terbaik Dunia

Bidang Sains Pertanian UPM diiktiraf sebagai yang terbaik di Asia Tenggara.

Image via upm.edu.my

Universiti Putra Malaysia (UPM) disenaraikan pada kedudukan ke-54 terbaik di dunia dalam bidang Sains Pertanian berdasarkan penarafan Kedudukan Universiti Terbaik Global oleh US News and World Report yang diterbitkan baru-baru ini.

bernama.com

Menurut kenyataan UPM, ia turut disenarai sebagai universiti terbaik di rantau Asia Tenggara dan ketujuh terbaik Asia dalam bidang Sains Pertanian.

kosmo.com.my

Penilaian Dibuat Berdasarkan Lapan Indikator Utama Yang Memfokus Kepada Penyelidikan Keseluruhan, Reputasi Global, Kerjasama Antarabangsa Dan Lain-Lain Lagi

Image via upm.edu.my

Penarafan baharu itu memfokus kepada penyelidikan keseluruhan institusi, reputasi global dan serantau serta prestasi penyelidikan yang menggunakan indikator penerbitan, staf akademik dan bilangan graduan doktor falsafah (PhD).

utusan.com.my

Terdapat lapan indikator utama untuk penarafan subjek termasuk reputasi penyelidikan global, reputasi penyelidikan serantau, penerbitan dan kerjasama antarabangsa.

bernama.com

Naib Canselor UPM, Profesor Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan Berkata Kejayaan Ini Adalah Yang Terbaik Pernah Dicapai UPM Dan Beliau Cukup Berbangga Atas Kesungguhan Dan Komitmen Yang Telah Ditunjukkan

Naib Canselor UPM, Profesor Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan.

Image via upm.edu.my

Naib Canselor UPM, Profesor Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan berkata kejayaan itu merupakan pencapaian terbaik UPM dalam bidang Sains Pertanian sekali gus melonjakkan reputasi akademik universiti berkenaan di peringkat global.

kosmo.com.my

"Pertanian merupakan 'niche area' atau bidang kebitaraan UPM dan semua komuniti UPM menzahirkan rasa bangga atas pencapaian cemerlang ini kerana kesungguhan dan komitmen dalam memartabatkan ilmu pertanian telah meletakkan UPM antara yang terbaik di dunia," katanya.

utusan.com.my

Berikut Adalah Senarai Lima Terbaik Dunia Dalam Bidang Sains Pertanian:

Wageningen University and Research Center, Netherlands.

Image via gazetaidea.com
1. Wageningen University and Research Center, Netherlands.
2. University of California - Davis, United States.
3. Cornell University, New York.
4. China Agricultural University, Beijing.
5. Universidade de Sao Paulo, Brazil.

Selain Itu, UPM Turut Mengekalkan Pencapaian Terbaiknya Apabila Dua Tahun Berturut-Turut Berada Dalam Kumpulan 100 Universiti Terbaik Dunia Dalam Bidang Pertanian Dan Perhutanan Serta Pendidikan

Image via upm.edu.my

Tahniah Diucapkan Kepada Universiti Putra Malaysia Atas Pencapaian Yang Memberangsangkan. Semoga Terus Sukses Dalam Memacu Bidang Pendidikan Negara Ke Peringkat Lebih Tinggi Di Masa Akan Datang.

JUGA DI SAYS: Ranking Dunia Lima Universiti Di Malaysia Meningkat Tapi Masih Belum Cukup Bagus

You may be interested in: