seismik

Universiti Albukhary Di Kedah Ditutup Kerana 90% Pelajar Tak Puas Hati. Benarkah?

Kenapa pelajar universiti milik Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan?

Cover image via asiaexplorers.com

[TERKINI] Universiti Albukhary Tak Jadi Tutup

Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) di Alor Setar, Kedah yang pada mulanya dijadualkan Jun ini tidak akan berlaku selepas pihak pengurusan membuat keputusan untuk meneruskan operasinya, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

agendadaily.com

AiU yang dikatakan akan berhenti beroperasi pada Jun menarik balik keputusan dengan menghantar sepucuk surat kepada kementerian.

Image via raja-jawa.blogspot.com

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan pihak pengurusan institusi pengajian tinggi swasta itu kepada kementerian melalui sepucuk surat semalam.

harakahdaily.net

"Universiti tersebut menghantar surat kepada Kementerian Pendidikan untuk menarik balik keputusan penutupan operasi mereka semalam dan ia akan terus beroperasi," katanya.

harakahdaily.net

Sebelum Ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir Berharap AiU Memikirkan Semula Hasrat Untuk Menghentikan Operasinya

Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir sebelum ini berharap AiU untuk mempertimbangkan semula hasrat penutupan mereka.

Image via thestar.com.my

Mukhriz berkata beliau sebenarnya masih menunggu pengesahan daripada pihak yang terlibat dengan pengurusan universiti itu berhubung hasrat mahu menamatkan operasinya tetapi masih berharap ia tidak berlaku.

agendadaily.com

" Saya difahamkan ada prosedur-prosedur tertentu ditetapkan Kementerian Pendidikan berkaitan institusi pengajian tinggi swasta. Saya tak dimaklumkan adakah semua prosedur dilakukan oleh universiti sebelum boleh tutup tetapi saya masih harap mereka tarik balik (hasrat) untuk tutup. Yang kita utamakan kepentingan pelajar, tenaga pengajar dan tenaga kerja," katanya.

agendadaily.com

12 April: Universiti Albukhary Akan Ditutup Hujung Minggu Ini Ekoran Rasa Tidak Puas Hati Pelajar Dan Isu Pihak Pengurusan

Universiti milik penuh hartawan Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary di Kedah ditutup hujung minggu ini ekoran rasa tidak puas hati pelajarnya dan isu pihak pengurusan – dengan pelajarnya akan mula dipindahkan ke universiti lain minggu depan.

themalaysianinsider.com

Universiti Albukhary terletak di Alor Setar, Kedah.

Image via www.skyscrapercity.com

Pegawai Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) di Alor Setar, Kedah berkata 600 pelajar sesi pertama akan mula dipindahkan ke universiti lain mulai Ahad, 13 April.

informasi.my

“Di peringkat awal, kami dinasihatkan untuk penstrukturan semula namun kini dinasihatkan kementerian untuk tutup. Mungkin penutupan sementara atau selamanya. Jika kami diarahkan rombakan semula, itu yang akan kami lakukan. Tapi kami masih menunggu arahan selanjutnya daripada kementerian,” katanya.

malaysiaedition.net

Khabar Angin Mengenai Penutupan Universiti Albukhary Telah Dilaporkan Sejak Bulan Februari Lagi

Februari lalu, dilaporkan kakitangan akademik dimaklumkan kampus akan ditutup dan mereka perlu mencari pekerjaan lain.

themalaysianinsider.com

Universiti Albukhary menawarkan bidang pengajian ijazah jurusan Perbankan dan Pembiayaan, Pentadbiran Perniagaan, Teknologi Maklumat dan Sains Komputer.

Image via www.skyscrapercity.com

Kakitangan dan pelajar di universiti itu menghadapi ketidaktentuan beberapa bulan lepas berikutan spekulasi operasinya akan dihentikan disebabkan masalah kewangan dan akan dijual.

malaysiaedition.net

Malah, universiti itu juga menutup tawaran kepada pelajar baharu dengan laman webnya tertera “ditutup untuk penyelenggaraan.” Para pelajar juga dimaklumkan mereka akan dipindahkan ke universiti swasta dan awam.

malaysiaedition.net

Laman web Universiti Albukhary.

Image via imgur.com

Spekulasi Ada Mengatakan Bahawa Universiti Albukhary Mempunyai Masalah Kewangan Dan Hampir Muflis. Benarkah?

Spekulasi berhubung universiti menghadapi masalah kewangan, dan hampir muflis, pegawai berkenaan bagaimanapun menafikan perkara itu.

informasi.my

Yayasan Albukhary dilaporkan tiada masalah kewangan.

Image via www.malaysia-chronicle.com

“Kami tidak mempunyai masalah kewangan,” katanya, dan menambah yayasan berkenaan kini membelanjakan lebih banyak dana bagi pembiayaan perpindahan dan yuran pengajian yang lebih tinggi di universiti dan kolej lain.

informasi.my

Difahamkan, Para Pelajar Dipaksa Menandatangani Perjanjian Baru Dan Perlu Mendapat Gred Tinggi Bagi Mengekalkan Biasiswa

Ada klausa yang mengatakan pelajar perlu meningkatkan keputusan mereka setiap semester. Menjelang semester akhir, mereka perlu mendapat sekurang-kurangnya 2.5 gred purata keseluruhan.

malaysiaedition.net

Perjanjian sebelum ini hanya mengatakan mereka perlu mendapat melebihi 2.0. Pihak universiti tidak mahu biasiswa disalahguna.

malaysiaedition.net

Seorang Profesor Dari Institusi Tersebut Menyelar Pihak Pengurusan Universiti Yang Tidak Bertanggungjawab

Seorang profesor yang tidak mahu identitinya didedahkan menyoal kredibiliti pihak pengurusan Universiti Albukhary.

Image via www.rnw.nl

Beliau berkata, Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta mengatakan pelajar seharusnya diberikan kalendar setahun untuk menyiapkan diri sekiranya mereka diminta berpindah disebabkan universiti ditutup.

themalaysianinsider.com

"Di sini mereka diberi tempoh dua atau tiga bulan. Mereka risau. Mereka tidak tahu apa nak buat. Mereka juga diminta menandatangani perjanjian baru bagi biasiswa. Inikah institusi pendidikan amal jariah? Mereka datang daripada keluarga susah dan berharap beroleh ijazah," katanya.

themalaysianinsider.com

Menurut Seorang Mahasiswa, Kira-Kira 90% Pelajar Universiti Itu Berasa Sangat Tertekan Kerana Perlu Menukar Universiti

"Kami tidak pasti universiti mana kami akan pergi, namun jika diberi pilihan saya enggan berpindah,” katanya.

informasi.my

"Mereka juga kata perjanjian biasiswa kami terdahulu terbatal dan perlu menandatangani perjanjian baharu."

themalaysianinsider.com

“Perjanjian baharu itu ditulis dengan bahasa yang sukar tanpa kepala surat atau logo, dan pelajar diberitahu yayasan boleh menukar perjanjian dan menuntut pembayaran. Kami hanya berada di bawah belas ihsan mereka,” katanya lagi.

malaysiaedition.net

Untuk Makluman, Universiti Albukhary Dibina Pada Tahun 2010 Sebagai Waqaf Yang Dibiayai Yayasan Albukhary Milik Syed Mokhtar

Universiti Albukhary ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Albukhary milik Syed Mokhtar.

Image via www.forbes.com

Universiti antarabangsa itu mempunyai pelajar dari lebih 50 negara dengan 75% daripadanya adalah penuntut asing. Setiap pelajarnya menerima biasiswa daripada yayasan itu.

themalaysianinsider.com

Setiap seorang pelajar Universiti Albukhary menerima RM66,000 daripada yayasan bagi tujuan pelajaran, elaun dan dana membeli keperluan seperti komputer dan buku.

informasi.my

Yayasan Albukhary Juga Membiayai Pembinaan Muzium Kesenian Islam Malaysia Bernilai Sehingga RM100 Juta

Muzium Kesenian Islam Malaysia.

Image via holidaysinmalaysia.org

Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) telah dirasmikan pembukaannya pada 12hb Disember 1998 bersamaan 23 Sya'aban 1419.

blogspot.com

Ia merupakan satu hadiah kepada rakyat Malaysia dan Antarabangsa daripada Yayasan Albukhary, dengan kerjasama Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Muzium ni dikatakan bernilai antara RM70 juta hingga ke RM100 juta.

blogspot.com

BACA JUGA: Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary Tersenarai Dalam 10 Terkaya Malaysia

You may be interested in: