seismik

"Uniknya!" - Lelaki Tetapi Nama Perempuan, Rupanya Ramai Yang Ada Nama Macam Ini

Balqis dengan double 'S'.

Cover image via @danielromizi (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Nama secara istilahnya membawa maksud panggilan atau gelaran seseorang

Ibu bapa adalah individu yang bertanggungjawab untuk memberikan nama. Mengikut ajaran Islam, kita juga disunatkan untuk memberi nama yang baik kepada anak-anak.

Hal ini kerana, pada hari kiamat kelak, mereka akan diseru dengan nama itu. Maka, eloklah jika kita memberikan nama yang mempunyai maksud baik untuk anak-anak.

Baru-baru ini, tular sebuah video apabila seorang lelaki berkongsi kisah mengenai namanya yang unik telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Lelaki tetapi ada nama 'Balqiss' dengan double 'S'

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @danielromizi, kelihatan dia memaparkan surat beranak bagi menunjukkan bukti nama penuhnya.

Hal ini kerana, pada video sebelumnya dia memperkenalkan dirinya sebagai 'Daniel Balqiss'. Ekoran itu, dia menjawab persoalan netizen yang merasakan namanya itu unik dan cantik.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen juga pernah berjumpa individu yang mempunyai nama unik. Orangnya lelaki, tetapi nama macam perempuan. Sama juga seperti orangnya perempuan, tetapi nama lelaki.

"Ada member sekolah dulu nama Ahmad Balqis dan dia lelaki juga" - Netizen

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen berkongsi nama unik yang pernah mereka jumpa dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Ketika menulis artikel ini, video tersebut telah meraih sebanyak 440.6K views, 43.1K likes dan 1,279 comments di TikTok. 

Berikut merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Abang kena make sure wife abang bukan nama Balqis ya nanti :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: