seismik

"Unik Weh" - Mata Berwarna Biru, Ramai Terpegun Lihat Kecantikan Budak Sekolah Ini

Susah nak jumpa ni.

Cover image via @hanifashraff (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti yang kita lihat, kebiasaannya masyarakat di Malaysia mempunyai anak mata berwarna hitam dan ia adalah normal

Jarang sekali kita melihat individu yang mempunyai anak mata berwarna lain selain warna hitam betul tak? Kalau ada, tentu sedikit sebanyak timbul rasa teruja tu.

Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang guru teruja melihat mata anak muridnya telah menarik perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Kagum lihat kecantikan mata anak murid sendiri

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang guru sedang berada di padang sekolah sambil dilihat beberapa anak muridnya sedang duduk di situ.

Namun, dia kemudian terpegun melihat mata salah seorang anak muridnya yang berwarna biru dan bertanyakan adakah ia mata asli dan anak muridnya mengangguk tanda betul.

"Cantiknya Allah bagi mata dia cantik" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video itu. Ramai yang memuji kecantikan mata budak tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 3.4M views, 277.2K likes dan 4,572 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Susah nak jumpa orang mata warna lain dalam Malaysia ni kan. Cantik! :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: