seismik

"Umat Islam Diingatkan Tidak Sertai Aktiviti Yoga, Ini Ritual Agama Hindu" - Presiden MYSA

Mesti ramai baru tahu kan?

Cover image via Berita Harian & Yoga Grace

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, pendakwah bebas iaitu Firdaus Wong berjumpa dengan Presiden Persatuan Sukan Yoga Malaysia (MYSA), Prof Dr Lingham Pillai di pejabatnya di Setapak dan telah mengupas isu tentang yoga dan umat Islam

Menurut Prof Dr Lingham Pillai, umat Islam tidak disarankan untuk menyertai atau mengamalkan yoga kerana amalan itu berasal daripada ritual agama Hindu.

Menerusi hantaran di akaun Instagram milik Firdaus, Dr Lingham ada memohon pertolongannya untuk menguar-uarkan mengenai perkara itu kepada umat Islam supaya tidak terjebak dengan amalan yoga, selain aktiviti itu juga bertentangan dengan fatwa.

Sepanjang pertemuan yang berlangsung lebih kurang dua jam itu, Firdaus berkata Dr Lingham menceritakan kebimbangan beliau mengenai perkara itu kepadanya sambil mengemukakan bukti amalan yoga berasal daripada ritual agama Hindu.

"Dia mendesak untuk berjumpa saya dengan kadar sesegara mungkin. Katanya perkara ini sangat penting. Saya tertanya, kenapa cari saya?

"Hampir dua jam beliau berkongsi kebimbangannya dengan kami selain menunjukkan bukti demi bukti yang dibawa bersama. Sesuatu yang 'highlight' (tumpuan) dari sesi hampir dua jam adalah kenyataan ini:

"Saya tahu yoga berasal daripada Hiduisme. Saya sendiri pun tidak akan mempromosikan ia kepada orang Islam. Sesiapa saja guru atau pusat tidak patut promosi ia kepada orang Islam.

"(Justeru) Orang Islam tidak patut menyertai yoga kerana saya sendiri sebagai seorang beragama Hindu tahu bahawa yoga berasal daripada Hinduisme. Orang Islam sepatutnya menghormati fatwa daripada JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang melarang orang Islam menyertainya.

"Dia beritahu, saudara mohon uar-uarkan kepada orang Islam jangan menyertai yoga kerana ia bertentangan dengan fatwa. Segelintir guru yoga yang mempromosikan yoga kepada orang Islam dengan mengatakan ia membantu mereka menjadi orang Islam lebih baik.

"Yoga berasal daripada Hinduisme. Jadi bagaimana ia boleh menjadikan mereka orang Islam yang lebih baik?" katanya.

Dalam pada itu, Firdaus turut mendedahkan terdapat pihak yang menyalahguna logo Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Pesuruhjaya Sukan untuk mempromosikan yoga kepada orang awam termasuk orang Islam

Gambar sekadar hiasan.

Image via Auromere

Susulan itu, pihaknya telah berjumpa dengan wakil kedua-dua organisasi itu, termasuk melaporkan kepada polis tentang pihak yang didakwa menyalahgunakan logo berkenaan.

"Saya berasa malu apabila Dr Lingham Pillai, seorang Hindu dan Presiden Sukan Yoga Malaysia perlu datang berjumpa saya dan meminta saya menasihati orang Islam untuk hormat fatwa dan jangan terbabit dengan yoga.

"Apatah lagi dia sebagai seorang (penganut) Hindu mengakui melalui kajiannya, pergerakan dalam solat itu banyak manfaatnya untuk kesihatan tubuh tanpa perlu terlibat dengan yoga.

"Dia sebagai (penganut) Hindu pula yang pesan kepada orang Islam agar solat betul-betul. Adakalanya bukan fatwa diperlukan tetapi ketakwaan yang diperlukan," katanya.

Apa maksud Yoga yang sebenar?

Menurut laporan Berita Harian, Yoga ialah berasal daripada bahasa Sanskrit yang membawa maksud mengawal, menyambung, menyatu.

Manakala, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula, Yoga bermaksud sistem falsafah hindu yang bertujuan menyatukan diri dengan Tuhan dengan mengheningkan fikiran melalui beberapa senaman gerak badan dan fikiran. Yoga adalah salah satu dari enam falsafah hindu dan tujuannya ialah menyatukan diri dengan tuhan melalui pergerakan yoga.

Menurut kitab asal yoga bertajuk Bhagavad Gita, manusia berada dalam keadaan penderitaan dan kesedihan adalah disebabkan hubungannya dengan tuhan yang menjadi longgar dan untuk memperbaiki hubungan tersebut dianjurkan untuk melakukan yoga. Selain itu, yoga juga terdiri daripada beberapa kaedah iaitu: Karma Yoga (Tindakan), Raja Yoga (meditasi), Bhakti Yoga (Pegabdian) dan Jnana Yoga (Pengetahuan).

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Better India

Berdasarkan keterangan ini, jelaslah bahawa yoga memiliki kaitan yang rapat dengan agama Hindu. Oleh itu, umat Islam diharamkan untuk menyertainya sebagaimana yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) pada tahun 2008 berpandangan dan berpendapat bahawa:

"Senaman Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mantera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang Muslim. Oleh itu, Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam diingatkan wajib berhati-hati dalam berwaspada dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang Muslim".

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: