seismik

3 Negara Ini Pernah 'Mengharamkan' Dr Zakir Naik Memberi Ceramah Di Sana. Apa Sebabnya?

Info - Dr Zakir Abdul Karim adalah seorang pemidato antarabangsa mengenai Islam dan perbandingan agama lain. Beliau dilahirkan pada 18 Oktober 1965 di Mumbai, India.

Cover image via freemalaysiatoday.com

11 April lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengarahkan penganjur satu forum agama di Universiti Teknologi Melaka (UTeM) untuk membatalkan program yang menampilkan pendakwah Islam kontroversi Dr Zakir Naik

Forum yang bertajuk "Similarities Between Hinduism and Islam" itu dibatalkan atas alasan ia boleh mengganggu gugat ketenteraman awam kerana berunsur sensiviti keagamaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak polis akan memanggil penganjur forum berkenaan untuk mencadangkan agar ia tidak diteruskan.

"Pada pandangan kami, apabila pendakwah membincangkan topik persamaan antara agama Hindu dan Islam, (perbincangan) ini tidak boleh lari daripada menyentuh kelemahan agama lain," katanya, sambil menambah bahawa perbincangan itu tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

malaysiakini.com

Bagaimanapun, semalam, kerajaan mengambil keputusan membenarkan penceramah tersebut meneruskan ceramah beliau di Melaka pada 17 April ini dengan syarat, program tersebut ditukar namanya

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan pihak polis membatalkan ceramah bertajuk ‘Similarities Between Hinduism and Islam’ itu sebelum ini adalah berdasarkan aduan bukan sahaja daripada masyarakat beragama Hindu tetapi juga daripada pemimpin agama Islam.

“Kerajaan memutuskan ada kompromi dan berbincang dengan Ketua Menteri Melaka untuk ceramah itu diteruskan dengan tajuk yang lain,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Lab Panel Majlis Perundingan Islam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

utusan.com.my

Sebelum Malaysia, terdapat beberapa negara yang sudah 'mengharamkan' ceramah ilmuwan Islam hebat ini, antaranya adalah Kanada dan United Kingdom

Memetik laporan BBC pada 18 June 2010, penceramah yang berasal dari India itu telah diharamkan untuk memberi ucapannya di London berikutan kenyataannya di dalam satu video YouTube yang bertajuk 'Zakir Naik - Specious explanation about bin Laden.'

Di dalam video tersebut, beliau berkata bahawa sekiranya pemimpin Al Qaeda Osama bin Laden memerangi musuh-musuh Islam, beliau akan turut bersama Laden.

Wartawan BBC, Sanjiv Buttoo mengatakan bahawa Dr Zakir Naik diiktiraf sebagai tokoh Islam tetapi juga mempunyai reputasi untuk membuat kenyataan yang memperkecil-kecilkan agama lain.

bbc.com

Setiausaha dalam negeri United Kingdom, Theresa May berkata, datang ke UK adalah satu keistimewaan, bukan hak dan dia tidak bersedia untuk membenarkan orang-orang yang mungkin tidak memberi kebaikan kepada orang awam untuk memasuki negara itu.

Baca laporan penuh BBC di sini.

Manakala pada 1 Julai 2010, dailymuslims.com melaporkan bahawa Dr Zakir Naik juga telah 'diharamkan' memberi ceramah di Kanada

Bukan itu sahaja, Ministry of Citizenship and Immigration di Kanada juga telah mengharamkan aktivis keamanan yang lain daripada memasuki negara tersebut.

Beliau dilaporkan akan menyampaikan satu syarahan yang bertajuk 'The Journey of Faith Conference' yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Metro Toronto, pada 2 hingga 4 Julai 2010 lalu.

Dikatakan individu yang paling gembira dengan perkhabaran tersebut adalah Bernie Farber, Ketua Pegawai Eksekutif Kongres Yahudi Kanada.

Image via Gulf News

"Memandangkan kerajaan Kanada telah menghantar mesej yang jelas bahawa Dr Zakir Naik adalah tidak dialu-alukan di negara ini, ia akan menjadi jelas untuk pihak penganjur bagi memastikan beliau tidak memberi ucapan di persidangan itu" kata Farber.

dailymuslims.com

Baca laporan penuh di sini.

Kemudian, pada tahun 2015, sekali lagi beliau dilarang untuk memberi ucapan di sebuah daerah di negara kelahirannya sendiri iaitu di India

Menurut laporan Times of India polis di negara terbabit mengeluarkan perintah larangan pendakwah Islam Dr Zakir Naik daripada memasuki bandar Mangaluru dan memberi ucapan dan hujah di dalam sebuah program yang berlangsung pada 31 Disember hingga 6 Januari lalu.

Pesuruhjaya Polis S Murugan berkata perintah larangan telah dikeluarkan bagi melarang kemasukan Dr Zakir Naik di bawah Seksyen 144 CrPC.

Pihak penganjur telah menghubungi polis bandar meminta izin untuk program ini, yang dijadual diadakan di Nehru Maidan pada 3 Januari tahun tersebut tetapi ternyata gagal.

indiatimes.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Menarik di SAYS:

You may be interested in: