UiTM, UM & 9 Lagi Universiti Yang Menjadi Pilihan Majikan 2025 Menurut Kajian Talentbank
Antara syarikat yang terlibat dalam penilaian itu adalah Maybank, PETRONAS, CelcomDigi, Sunway, AIA Bhd.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Talentbank, peneraju utama dalam bidang kebolehpasaran siswazah negara mengumumkan beberapa buah universiti yang menjadi senarai pilihan majikan baru-baru ini
Menurut laporan Berita Harian, antara universiti Universiti awam yang berada dalam Senarai Universiti Pilihan Majikan 2025 adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan banyak lagi.
Pelancaran senarai itu telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud di EQ Kuala Lumpur.
Antara syarikat yang terlibat dalam penilaian itu adalah Maybank, PETRONAS, CelcomDigi, Sunway, AIA Bhd.
Bagi universiti swasta pula, antara nama yang terus dikekalkan adalah Sunway University, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Heriot-Watt University Malaysia, Asia Pacific University of Technology & Innovation, IMU University dan Universiti Teknologi Petronas
Difahamkan, institusi-institusi ini diiktiraf kerana berjaya melahirkan graduan yang mahir, cekap, dan memenuhi keperluan pelbagai sektor industri di negara.
Selain itu, 'Career Playbook' iaitu panduan strategik turut dirangka khusus untuk menjadi rujukan penting untuk pelajar lepasan sekolah, mahasiswa, dan graduan muda.
Ia mampu membantu mereka untuk merancang kerjaya dan menguasai proses permohonan kerja pada masa akan datang.
Senarai penuh Universiti Pilihan Majikan 2025 boleh dilayari di: www.talentbankgroup.com
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!