seismik

UiTM Cadang Buat Konvokesyen Stail 'Green Screen' Sebab PKPP, Pelajar Luah Rasa Sedih!

Pakai jubah konvokesyen 15 minit je?

Cover image via Twitter @/IzzRaifHarz

Istiadat konvokesyen merupakan satu majlis yang berprestij dan disambut secara meriahnya di setiap universiti

Majlis Konvokesyen diadakan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada para graduan yang berjaya menamatkan pengajian mereka.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Suhairi Othman

Istiadat ini sememangnya akan menjadi antara hari yang bersejarah buat mereka yang bergelar pelajar di institut pengajian tinggi. Manakan tidak, selepas penat mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan di samping ada yang berhempas pulas tidak tidur malam bagi menyiapkan tugasan demi tugasan untuk mendapatkan segulung ijazah, hari istiadat ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via OhBulan!

Walau bagaimanapun, ekoran wabak Covid-19 yang telah melanda dunia beberapa bulan yang lalu, semua negara kini mengamalkan langkah berjaga-jaga demi mengelak virus pandemik itu daripada terus merebak.

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Straits Times

Amalan norma baharu juga menghalang sebarang majlis keramaian serta perhimpunan beramai-ramai daripada diadakan walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sedang dijalankan. Perkara ini termasuklah istiadat konvekesyen bagi pelajar universiti.

Baru-baru ini tular di laman sosial, Universiti Teknologi MARA (UiTM) mencadangkan agar istiadat konvokesyen dijalankan menggunakan kaedah 'green screen'

Menerusi perkongsian beberapa individu di laman Twitter, istiadat konvokesyen stail 'temu janji' yang dicadangkan UiTM untuk pelajar diploma dan ijazah itu ternyata menyaksikan ramai yang sebenarnya tidak bersetuju dengannya.

Dalam video rakaman yang telah dimuat naik di laman itu turut dipaparkan cara step-by-step istiadat konvokesyen yang telah dicadangkan universiti berkenaan.

Melalui video tersebut, dapat dilihat pelajar serta ibu bapa perlu melalui proses saringan Covid-19 terlebih dahulu sebelum dibenarkan memasuki kampus. Pelajar kemudiannya akan mengambil dan memakai terus jubah konvokesyen lalu merakam gambar di hadapan green screen yang telah disediakan.

Kemudiannya, imej pelajar beserta dengan Canselor atau Naib Canselor yang telah di-edit akan diberikan kepada pelajar menerusi cetakan gambar, salinan digital serta dihantar melalui alamat e-mail. Selain itu, pelajar juga diberi masa untuk bergambar bersama ahli keluarga di ruangan yang telah disediakan sebelum memulangkan semula jubah konvokesyen.

Difahamkan istiadat konvokesyen 'temu janji' ini hanyalah sekadar cadangan yang diberi pihak UiTM buat graduan-graduan bagi tahun 2020. Satu survey telah dikeluarkan universiti berprestij berkenaan bagi mendapat maklum balas daripada para graduan.

Meskipun begitu, menerusi tinjauan di laman Twitter mendapati ramai pelajar yang meluahkan rasa dukacita dan menolak cadangan istiadat konvokesyen dijalankan dengan cara sebegini

Ternyata ramai yang lebih rela istiadat ini ditunda kepada masa yang lebih sesuai dan selamat buat semua. Rata-rata ingin merasakan sendiri kemeriahan istiadat konvokesyen setelah berpenat-lelah menamatkan pengajian mereka.

Antara komen daripada netizen:

Apa pendapat korang tentang istiadat konvokesyen 'temu janji' dan green screen ni?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: