seismik

"Tutorial Senaman Ke" - Netizen Sindir Anak Ismail Sabri Kerana Gerak Tarian TikToknya

Sebagai rekod, Dafi merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri ke-9.

Cover image via @dafiismailsabri (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, iaitu Gaddafi Ismail Sabri atau lebih popular sebagai Dafi, baru-baru ini menjadi bualan di internet selepas video tariannya menjadi tular

Bekas peserta Akademi Fantasia itu memuat naik klip berdurasi 18 saat itu pada akaun TikToknya, di mana dia menunjukkan kemahiran menarinya dengan lagu yang trending di aplikasi itu.

Ini bukan kali pertama Dafi kongsikan cover tarian. Malah, selebriti itu kerap memuat naik kandungan dirinya menari mengikut bunyi TikTok yang popular.

Lihat video itu di bawah:

@dafiismailsabri Another dance cover, ye tau lidah dengan muka kemut tu… terima seadanya dulu k…next video kita kawal peng-ULAR- an itu. #SebelumKenaCarutBetterCarutDiriSendiriDulu #giveittomexsayitright #giveittome #sayitright #dance #BroCuba Give it to me x Say It Right - Kuya Magik

Video tarian kemudian undang reaksi ramai

Menerusi video tersebut, kelihatan Dafi memuat naik rakaman tarian di laman TikToknya @dafiismailsabri.

Namun, tariannya itu ternyata mengundang perhatian ramai apabila ramai yang mengkritik cara tarian anak bekas Perdana Menteri berkenaan.

"Another dance cover, ye tau lidah dengan muka kemut tu. Terima seadanya dulu k. Next video kita kawal peng-ULAR- an itu," tulisnya di kapsyen.

"Dafi, please back to normal" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka. Ada yang mengkritik cara tariannya itu seolah-olah tidak pandai dan 'kayu'.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 247.9K views, 4,808 likes dan 966 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Mungkin dia masih belajar lagi dalam tarian?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: