seismik

Tun M Nak Pergi ‘Dating’ Dengan Isteri, Siap Tanya Netizen Filem Apa Yang Patut Ditonton

Comel dan 'sweet' tahap potong kaki dah ni.

Cover image via SAYS via Twitter @chedetofficial

Tertanya-tanya apa yang akan dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir setelah memulangkan dua pingat yang diterima beliau daripada Sultan Selangor?

Memetik laporan Malaysia Kini,  Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir susulan kenyataannya yang telah menyifatkan Bugis sebagai lanun walaupun beliau berulang kali menegaskan beliau hanya merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ekoran kontroversi kenyataan pedas dan kritikan Sultan Selangor terhadap beliau, apa sebenarnya yang Tun M akan lakukan?

Adakah beliau akan mengadakan sidang media dan mengeluarkan kenyataan? Ataupun menulis artikel panjang berkenaan tindakannya? Atau diam sebentar sementara menunggu keadaan kembali tenang?

Tun M tidak melakukan semua itu.

Sebaliknya, beliau memilih untuk pergi dating bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah.

Tetap comel bersama.

Image via SAYS.com

Pada umur 92 tahun, masih terserlah "kemanisan" Tun M bersama isteri. Menerusi Twitter, Tun M memberitahu orang ramai bahawa beliau akan membawa isterinya, Tun Dr Siti Hasmah untuk keluar ber-dating.

Dalam tweet tersebut juga, Tun M sempat bertanya kepada netizen filem apa yang patut ditonton mereka di pawagam

Tun Dr Mahathir yang kelihatan cool mengeluarkan kenyataan di bawah:

"Planning to have a date with Hasmah, dia bersama saya susah dan senang. What movie should we watch together?"

Beliau memuat naik tweet tersebut sejurus selepas beliau memulangkan pingat kepada Sultan Selangor.

Tweet ini telah mencecah lebih daripada 5,000 retweets dan 9,000 likes.


Image via Siakap Keli

Bagaimana reaksi netizen?

Kebiasaannya apabila dilanda kontroversi, beliau akan mengadakan sidang media tetapi kali ini Tun Dr Mahathir berinteraksi secara spontan dengan netizen.

Pelbagai genre filem telah dicadangkan oleh mereka nampaknya. Masing-masing tidak lepaskan peluang.

Ada juga segelintir yang memuji aksi sweet Tun Dr Mahathir itu

Jadi anda rasa macam mana? Filem apa yang Tun Dr Mahathir tonton bersama Tun Dr Siti Hasmah?

Image via wordpress.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Pernah kenal siapa Tun Dr Siti Hasmah? BACA SINI:

You may be interested in: