seismik

Tunggu Traffic Light '199' Punya Lama, Pemuda Ini Siap Boleh Baring Silang Kaki Atas Motor

Traffic light dari merah tukar ke hijau paling lama nak tunggu di 'dunia'.

Cover image via Twitter @izatiesyazlinaa

Penulis percaya ramai di antara kita kalau diberi nombor giliran yang 'panjang' mesti akan mengeluh atau tidak suka untuk menunggu lama

Image via GIPHY

Kebiasaannya perkara ini akan terjadi di tempat-tempat awam seperti kaunter perkhidmatan atau pembayaran di agensi kerajaan, pejabat pos, bank dan sebagainya.

Situasi itu juga boleh dikatakan sama seperti kita menunggu traffic light di persimpangan jalan raya yang ternyata menguji kesabaran.

Begitupun, ada pula segelintirnya akan mengambil peluang tersebut untuk melakukan perkara lain sementara menunggu lampu merah itu bertukar kepada hijau.

Baru-baru ini, tular sebuah video berdurasi 12 saat di laman sosial Twitter apabila gelagat seorang lelaki dirakam secara 'santai' ketika menunggu lampu isyarat

Perkongsian melalui rangkaian tweets oleh Izatie Syazlinaa tersebut telah berjaya meraih lebih 427K tontonan dan 30K retweets ketika artikel ini ditulis.

Tonton video penuh di bawah:

Aksi selamba pemuda itu ternyata menghiburkan gadis tersebut yang turut bersama-sama rakannya dalam sebuah kereta.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah persimpangan jalan traffic light di Shah Alam, Selangor di mana lampu merahnya bertukar hijau memakan tempoh masa yang agak lama.

Individu yang dirakam itu dilihat memakai pakaian serba hitam tersebut menyilangkan kaki sambil merehatkan dirinya di atas motosikal. Hal itu kerana, lampu isyarat berkenaan terlalu lama sehingga dia sempat melakukan perkara tersebut.

Selain itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga terhibur dengan gelagat selamba individu itu sambil mengakui pernah berhadapan situasi sama di traffic light berkenaan

Ramai juga pernah hadapi situasi yang sama ya, bagaimana dengan korang pula? Kalau ada jangan lupa comment dan share okay.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: