Tunggakan Sewa PPR & Perumahan Awam Cecah RM70 Juta - Datuk Bandar Kuala Lumpur
Difahamkan, perkara ini telah memberi kesan terhadap usaha penyelenggaraan dan pengurusan kemudahan komuniti.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhadapan dengan tunggakan sewa mencecah RM70 juta membabitkan penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di Kuala Lumpur
Menerusi laporan Berita Harian, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata isu itu antara yang dibangkitkan semasa sesi dialog bersama DBKL dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama penduduk PA dan PPR Desa Rejang, Setapak.
"Setakat ini jumlah tunggakan sudah mencecah RM70 juta. DBKL mengambil beberapa langkah termasuk memasang kunci air, mengeluarkan notis, mengadakan program advokasi kewangan serta pelan rundingan kepada penyewa bagi memastikan bayaran dapat dijelaskan.
"Langkah ini penting supaya hasil kutipan sewa dapat dikembalikan kepada penduduk dalam bentuk perkhidmatan yang lebih baik," katanya
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa (kiri) bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Image via NSTP/Mohamad Shahril Badri SaaliKutipan sewa penting untuk menampung semula kos penyelenggaraan bangunan
Tambahnya lagi, hasil kutipan sewa adalah sangat penting kerana ia akan digunakan semula bagi menampung kos penyelenggaraan bangunan, pembaikan kemudahan awam serta perkhidmatan yang dinikmati penduduk di kawasan perumahan awam dan PPR.
"Kita tidak boleh teruskan perkhidmatan kalau bayaran sewa tidak dikutip. Sebab itu kita beri peluang kepada penyewa untuk runding semula, ada ruang untuk bayar ikut kemampuan. Tapi mereka juga perlu faham tanggungjawab itu.
"Kita laksanakan tindakan secara berperingkat, bukan terus keras. Kita mulakan dengan notis, beri advokasi, dan baru kita pasang kunci air. Semuanya bertujuan untuk pastikan kutipan ini dapat disalurkan balik kepada penduduk sendiri," katanya.
Menurutnya, DBKL turut menerima aduan berkaitan penyelenggaraan bangunan, tahap kebersihan, keselamatan, kekurangan parkir, masalah dadah dan peniaga tanpa kebenaran yang beroperasi di sekitar kawasan PPR.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!