seismik

Tun M: "Melayu Tetap Akan Mendapat Hak Keistimewaan Mereka"

Dasar tindakan afirmatif akan diteruskan bagi membantu Melayu dalam beberapa bidang untuk mengelak berlakunya konflik perkauman.

Cover image via Free Malaysia Today

Perdana Menteri Malaysia ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dasar tindakan afirmatif untuk membantu orang Melayu tetap akan diteruskan, bagi mengelak konflik antara majoriti kaum Melayu dan kumpulan etnik “kaya” iaitu orang Cina

Dalam watu wawancara bersama Channel News Asia, Tun Mahathir berkata, “Kami sudah mengurangkan jurang antara orang Melayu dan kebanyakan orang Cina, tetapi ada bidang tertentu di mana kami perlu memberi orang Melayu sedikit dorongan.”

Menurutnya, antara aspek yang orang Melayu masih memerlukan bantuan ialah biasiswa untuk belajar di luar negara.

Mengikut pengalamannya sendiri, beliau berkata, “Contohnya ketika saya berada di UK, saya berjumpa sejumlah pelajar Cina. Mereka berada di sana kerana ayah mereka, ibu bapa mereka mampu membayar pendidikan mereka di sana.

“Tetapi, saya dapati ibu bapa Melayu, sebahagian besarnya tidak mampu membiayai pendidikan universiti untuk anak mereka."

Tambah Tun Mahathir lagi, kebanyakan kaum Cina yang terlibat dalam bidang perniagaan mampu meraih bertan-tan wang

Berbeza dengan kaum Melayu di mana sebahagian besarnya merupakan penjawat awam dan makan gaji, oleh kerana itu mereka tidak mampu untuk menghantar anak mereka ke universiti kerana kosnya yang tinggi.

Tun Mahathir walau bagaimanapun memberitahu CNA bahawa dasar berterusan membantu orang Melayu tidak bermakna kerajaan 'hanya memikirkan orang Melayu'.

“Jurang dalam mana-mana masyarakat adalah teruk, walaupun dalam (kumpulan) etnik tunggal. Akan ada orang kaya, sangat kaya dan akan ada orang yang miskin, sangat miskin… seolah anda menanti konflik untuk berlaku.

“Tetapi, apabila yang kaya tergolong dalam satu kaum dan satu lagi kaum yang miskin, potensi berlaku konflik adalah lebih besar.”

Oleh yang demikian, ketidakseimbangan itu perlu diperbetulkan

Tambahnya lagi, “Kita tidak boleh mengubah orang Melayu menjadi orang Cina, orang Cina menjadi Melayu, tetapi kita boleh mengubah keadaan ekonomi mereka. Kita boleh membantu memperbaiki kesejahteraan ekonomi orang Melayu dengan tindakan afirmatif tertentu.”

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: