seismik

Tular Video Ustazah Ini Ambil 'Kehadiran' Murid, Tapi Caranya Pula Raih Tumpuan Ramai

Semangat ustazah!

Cover image via @noorunsaadah (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tugas menjadi seorang guru bukanlah mudah, pelbagai kerenah dan ragam murid yang perlu dilayan dengan profesional

Tambahan pula jika mengajar murid di sekolah rendah yang sukakan hiburan dan perlu tahu cara untuk mencuri tumpuan mereka, ia memerlukan masa.

Namun, tular baru-baru ini rakaman cara seorang ustazah mengambil kehadiran muridnya di dalam kelas telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ustazah hyper, semangat sebut nama murid satu-satu siap jerit dan tepuk tangan

Menerusi video yang dikongsi oleh @noorunsaadah, kelihatan ustazah itu sedang bertugas untuk mengambil kehadiran dan mengutip duit murid-muridnya.

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila dia dilihat sangat cergas dan begitu semangat menyebut satu per satu nama anak muridnya yang agak panjang dan complicated.

Setiap kali dia menyebut nama murid dan ingin menandakan kehadiran mereka, dia akan menjerit dan menepuk tangan seolah-olah seronok melihat mereka datang ke kelas. Malah, dia siap menyuruh anak muridnya sama-sama menepuk tangan dengannya.

"Siksa cikgu nak sebut nama panjang-panjang sampai tersembur-sembur hahaha. Meriahnya cikgu!" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 794.1K tontonan, 50.4K tanda suka dan 2.8K perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat cara ustazah tersebut mengambil kehadiran muridnya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Seronok dapat cikgu macam ni, barulah anak murid tak bosan. Terbaiklah ustazah!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: