seismik

Tular Video Pak Cik Minta Sedekah Tepi Jalan, Netizen Beritahu Anak Sendiri Yang Hantar

Ya Allah tak sampai hati tengok.

Cover image via @farasharina_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebagai seorang anak, adalah tanggungjawab kita untuk menjaga kedua ibu bapa apabila mereka sudah tua atau uzur

Sudah tentu jasa dan pengorbanan mereka menjaga dan mendidik kita tidak akan dapat digantikan dengan apa-apa pun. Jadi, antara salah satu perkara yang boleh membalas jasa mereka adalah dengan menjaga mereka apabila sudah tua.

Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang wanita berkongsi detiknya bersama seorang pak cik tua di tepi jalan yang menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Minta sedekah tepi jalan cakap nak bayar untuk rumah sewa

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pak cik tua sedang berjalan seorang diri dalam keadaan terhuyung-hayang mungkin kerana tidak berapa larat untuk berjalan.

Tidak lama selepas itu, pak cik berkenaan datang menghampiri kereta wanita tersebut dan meminta sedikit wang dengan memberitahu dia ingin membayar rumah sewanya.

Disebabkan kesian melihat keadaan pak cik itu, wanita terbabit menghulurkan wang berjumlah RM50 kepadanya dengan sedikit kuih muih.

"Moga dipermudahkan urusan pakcik, tak lupa pada sis moga dilimpahkan rezeki" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan juga mendapati ada netizen yang mendakwa pak cik itu telah dihantar oleh anaknya sendiri untuk meminta sedekah.

Malah, ramai juga yang memberi pendapat berbeza-beza mengenainya. Ada juga yang mendoakan kesihatan pak cik itu dan memuji tindakan wanita tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 85.5K views, 12.5K likes dan 627 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah komen daripada netizen di TikTok:

Kalau betul anak dia yang hantar, semoga anak dia cepat sedar dan tak buat macam ni lagi dekat ayah dia :(

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: