Tular Video Geng Lelaki Selamba Cuci Perut Lembu Di Sungai Cetus Perdebatan Warganet
Ada yang kata bagus untuk sumber rumput dekat sungai.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan sekumpulan lelaki mencuci perut lembu di sungai
Menerusi video yang dimuat naik oleh @muhammadhussaini04, kelihatan mereka mencuci perut lembu yang sudah disembelih di kawasan sungai.
Air sungai itu mengalir deras dan membersihkan seluruh isi perut lembu yang dipenuhi najis berwarna hijau.
Namun begitu, ia mencetuskan perdebatan netizen di laman X selepas ramai berpendapat tindakan tersebut mencemarkan kebersihan sungai
Menerusi sebuah ciapan yang tular di laman X, seorang pengguna menyifatkan tindakan geng lelaki itu sebagai tidak wajar.
“Alahai bodohnya, buang taik dlm sungai. Mentaliti 3rd class. Ni kang ada orang nak mandi la, ada campsite la tak ke naya. Ibadah qurban dh jd mcm pesta,” katanya.
Walau bagaimanapun, ada netizen membalas ciapan tersebut mengatakan najis lembu sebenarnya memberi sumber baik kepada rumput di sungai.
"Tidak la mengotorkan sungai, apa yg dibuang tu adalah fermented digesta, mainly sumber rumput. Rich with Microbiota, probably gives a good impact to the river biota. Plus, depa ni pon rasanya buat keja mesti jauh dari tempat org mandi," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!