seismik

Tular Video Gadis Di Pusat Vaksin Ini Buat Ramai Triggered Sebab Tak Disuntik Dengan Betul

Banyak dah kes macam ni jadi.

Cover image via @mariainyourarea (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti mana yang kita tahu, semua orang perlu mengambil vaksin demi melindungi diri daripada mendapat jangkitan wabak Covid-19

Pujian harus diberi kepada rakyat Malaysia yang mengambil inisiatif ini sebagai tanda membantu negara kita segera bebas daripada penyakit yang membawa maut ini.

Namun, sejak kebelakangan ini tular beberapa rakaman petugas kesihatan yang menjalankan tugas di pusat pemberian vaksin tidak menyuntik dengan betul.

Tidak terkecuali dengan sebuah video tular di TikTok ini memaparkan seorang gadis sempat merakam kejadian yang berlaku kepada dirinya semasa di pusat vaksinasi mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kantoi petugas kesihatan tak tekan jarum vaksin

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh @diyanahmaria dengan kapsyen "this thing happened to me today at PWTC KL", kelihatan dia sedang berada di pusat vaksinasi itu dan merekod videonya sebagai bukti dia sudah mendapatkan vaksin.

Namun, lain pula yang jadi apabila setelah selesai divaksin dan dia melihat semula rakaman tersebut, rupa-rupanya petugas kesihatan itu tidak menekan jarum suntikan itu ke dalam badannya.

Menurut gadis itu lagi, dia bertindak membuat report mengenai kejadian tersebut dan akhirnya berjaya mendapatkan suntikan dos keduanya pada hari yang sama.

"Bagi I tak salah pun dia nak post, nak kasi orang lain alert" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah berjaya meraih 2 juta tontonan, 126K tanda suka dan 13.5K perkongsian di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati netizen berbalah sesama mereka kerana ada yang menyokong tindakan gadis itu dan ada juga yang berpendapat mungkin petugas kesihatan itu kepenatan dan tidak perasan dia terlepas pandang semasa menyuntik jarum vaksin itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ada bagusnya juga dia rakam, at least ada bukti kan. Semoga perkara macam ini tak jadi lagi.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: