seismik

Tular Video Di TikTok, Wanita Ini Buat Ramai Sebak Gara-Gara Muka Mirip Arwah Siti Sarah

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin.

Cover image via @deqtul (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dua hari lalu, seluruh negara dikhabarkan berita sedih mengenai pemergian selebriti terkenal Malaysia, Siti Sarah Raisuddin

Pemergian tersebut amat dicemburui ramai kerana beliau meninggal dalam keadaan syahid dan husnul khotimah. Allahyarhamah Siti Sarah telah pergi meninggalkan kita semua disebabkan wabak Covid-19 dan sebaik saja melahirkan anak keempatnya.

Namun begitu, tular pula sebuah video seorang wanita yang dikatakan wajahnya mirip seperti arwah Siti Sarah di laman TikTok mengundang sebak ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@deqtul

Reply to @mochi_durian1 sebab tu agaknya dia taknak keluar lagi ni ##mummy

original sound - RADZIATUL

Ramai sebak melihat wajah mirip seperti arwah Siti Sarah dan sedang mengandung juga

Menerusi video yang dimuat naik oleh wanita bernama @deqtul, kelihatan dia sedang membuat tarian TikTok di sebuah kawasan perumahan.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila wajahnya dikatakan sungguh mirip seperti arwah Siti Sarah.

Malah, lebih 2000 komen di salah sebuah videonya dihujani dengan ayat netizen mengatakan dia iras seperti arwah.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

@deqtul

Selagi belum bersalin, selagi tu mummy TIKTOK walau kaki ku sakit ku gagahi jua demi seketul CONTENT ##energy ##mummy

suara asli - mulis harjun.0428

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 651.7K tontonan, 60.2K tanda suka dan 879 perkongsian di laman TikTok

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan meminta maaf kepadanya kerana terfikir wanita di dalam video itu merupakan arwah Siti Sarah.

Malah, ramai yang turut menitipkan Al Fatihah serta mendoakan wanita itu selamat melahirkan anaknya nanti.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Allahuakbar. Betapa ramai yang rindukan arwah. Sampai sekarang sebak setiap kali teringatkan Allahyarhamah Siti Sarah :'(

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: