seismik

Tular Video Ajar Jawi, Cikgu Non Muslim Raih Pujian Ramai - "Tulisan Pun Cantik & Kemas!"

Sukanya tengok tulisan dia.

Cover image via Loren Fren (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, seorang cikgu di Sabah telah mencuri perhatian ramai gara-gara videonya mengajar Jawi tular

Menerusi video yang dikongsi oleh cikgu yang dikenali sebagai Loren Fren, walaupun beragama Kristian, ia bukan penghalang untuk seorang guru mempelajari tulisan Jawi.

Malah, dia turut berkongsi kemahiran dengan muridnya supaya lebih mudah difahami ketika proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) di sekolah.

Menurut laporan Sinar Harian, kemahiran Lorenica Frenila Masundim, 34, dalam penulisan jawi itu diperolehnya ketika menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Kota Kinabalu pada 2010.

"Saya mengenali tulisan jawi ketika sedang mengikuti pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan melalui kursus Pengenalan Sistem Ejaan Rumi dan Jawi yang diajar oleh pensyarah.

"Kini, saya mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu untuk Tahun Lima dan Enam di Sekolah Kebangsaan (SK) Bawang K9, Beluran.

"Dalam buku teks Bahasa Melayu ada diselitkan asas tulisan jawi dan saya berkongsi pengetahuan untuk diajar bersama dengan murid-murid di sekolah," katanya.

Susulan video tersebut tular di laman Facebook, rata-rata netizen turut memujinya

Lihat video itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: