seismik

Tular Stoking Nama ‘Allah’ Dijual Secara Terbuka Di Kedai Serbaneka - “Kurang Ajar”

Macam mana boleh terlepas?

Cover image via Firdaus Wong Wai Hung (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menghormati kepercayaan dan agama masing-masing

Sudah tentu agama rasmi di Malaysia adalah agama Islam, namun kita juga perlu menjaga sensitiviti agama lain.

Hal ini kerana banyak juga kes kita boleh lihat melibatkan agama sehingga membuatkan ramai marah.

Baru-baru ini, tular apabila seorang lelaki terkejut menjumpai stoking dengan tertulis 'Allah'.

Jumpa stoking yang ditulis dengan nama 'Allah'

Difahamkan, dia menjumpainya stoking itu di sebuah kedai serbaneka. Apa yang membuatkan dia terkejut adalah ia dijual secara terbuka.

Individu tersebut jelas kecewa kerana nama Allah seakan dibuat main-main dan mempersoalkan bagaimana penjual boleh terfikir untuk meletakkannya di stoking.

"Bagaimana stokin yang tertulis ‘Allah’ ini boleh dijual di sebuah kedai serbaneka di Sunway? Terlepas pandang atau kurang sensitif?.

"Harap pihak berkuasa siasat segera," tulisnya

Lihat posting itu di bawah:

Kedai serbaneka tampil beri penjelasan

Selepas posting itu tular dan mendapat kecaman ramai, kedai serbaneka itu kemudian tampil memohon maaf dan menjelaskannya.

Menurut mereka ia adalah produk daripada vendor yang diletakkan di dalam kedai berkenaan. Malah, tindakan serta merta telah diambil dan memberhentikan penjualan stoking tersebut.

Dalam pada itu, pihak syarikat yang mengeluarkan produk tersebut turut memohon maaf dan mengakui silap mereka. Menurut mereka, produk itu sebenarnya diambil daripada China.

"Pihak kami amat kesal dengan perkara ini dan mengakui akan kesilapan kami tidak membuat pemeriksaan dengan teliti berkenaan produk yang diambil dari China ini.

"Kami memohon maaf kepada semua masyarakat beragama Islam khususnya dan kepada Syarikat KK Supermart & Superstore Sdn Bhd amnya," tulis mereka.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: