seismik

Tular Remaja Ini 'Bercinta' Dengan Lelaki 50 Tahun, Netizen Terkejut Tapi Rupa-Rupanya...

Tak sangka lain pulak rupanya.

Cover image via @imanghaff_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Cinta tidak pernah mengenal usia, itulah ungkapan yang sering kita dengar jika seseorang bercinta dengan umur jarak yang berbeza

Ada yang ditakdirkan kahwin awal, ada juga yang ditakdirkan kahwin lambat. Semuanya atas perancangan Allah SWT.

Malah, jika kita mencintai seseorang sudah pasti umur bukanlah penghalang bagi menjalinkan cinta. Banyak kisah kita dengar hari ini ramai yang berkahwin dengan jarak umur yang sangat jauh.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang gadis berkongsi kisah cintanya dengan lelaki yang berusia 50 tahun mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kongsi video sweet dekat TikTok, rupa-rupanya ayah sendiri

Menerusi video tersebut, gadis yang dikenali sebagai Iman itu berkongsi kisah cinta dengan seorang lelaki yang lebih berumur daripadanya.

Difahamkan Iman berusia 18 tahun manakala lelaki tersebut berumur 50 tahun. Video itu ternyata menarik perhatian ramai kerana tidak sangka jarak umur mereka yang begitu jauh untuk bercinta.

Oleh kerana ramai yang terkejut, dia kemudian memberitahu di ruangan komen bahawa sebenarnya itu adalah ayah kandungnya sendiri.

"Plot twist: that man is her father actually" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut melihat video terbabit.

Malah, ada yang memikirkan bahawa pada mulanya dia betul-betul bercinta dengan lelaki itu. Ada juga yang merasa tertipu selepas mengetahui hal sebenar.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 55.2K likes, 1,849 comments dan 1,502 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Semua kena tipu ke tu? Ingat betul-betullah tadi kan :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: