seismik

Seller Ini Dedah Cara Buka Penutup Chocojar Yang Betul, Tapi Kaedahnya Pula Bikin Terhibur

Pening juga tengok step dia.

Cover image via @sndkfm_ (Twitter)

Semenjak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini, pasti anda dapat melihat pelbagai jenis makanan yang viral dihasilkan untuk menampung sara hidup

Daripada makanan yang berat sehinggalah menjual kudapan, semuanya diilhamkan dengan pelbagai variasi tersendiri. Antaranya seperti chocojar, cookies, kerepek dan sebagainya.

Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini di Twitter apabila cara salah seorang seller menunjukkan bagaimana membuka penutup chocojar mengundang pertanyaan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Guna cara yang complicated untuk buka penutup chocojar

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang menunjukkan cara membuka penutup botol chocojar.

Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah cara gadis itu yang dikatakan agak leceh untuk membuka penutup botol itu.

Dia dilihat menggunakan marker pun untuk melukis garisan pada penutup botol tersebut dengan teliti untuk membukanya. Dia juga menyarankan agar menggunakan pisau bagi memotong garisan berkenaan.

"Kenapa tak cari sudut dulu sebelum lukis garisan tu" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen merasa hairan dengan cara gadis terbabit yang agak rumit untuk membuka penutup chocojar itu.

Malah, ada yang memberikan reaksi terhibur dan pening kepala melihat tutorial yang ditunjukkan dalam video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 430.5K views, 7.3K retweets dan 8.4K likes di Twitter.

Antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Jangan main-main guys. Nak buka chocojar pun ada cara ya :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: