seismik

Lelaki Ini Kongsi Tips Apa Boleh Buat Jika Duit Terkoyak, Tapi Respon Netizen Bikin Dekah!

Yang pasti, jangan buang duit yang koyak!

Cover image via Image by Dunia Syamira (Blog)

Kebanyakan daripada kita sudah tentu pernah menerima wang kertas yang telah koyak atau rosak

Ramai yang risau wang kertas yang telah rosak ini kemungkinan tidak laku untuk diguna pakai dalam urusan jual beli. Malah, tidak dinafikan banyak kedai yang akan mengelak daripada menerima wang yang rosak.

Bukan kedai sahaja yang tidak mahukan duit rosak, tetapi mesin automatik ATM juga tidak menerima wang kertas yang 'cacat' ini.

Apabila duit yang dimiliki sudah menjadi rosak, ramai yang memilih untuk membuangnya tanpa mengetahui bahawa duit itu masih boleh ditukarkan kepada Bank Negara Malaysia (BNM).

Baru-baru ini, seorang pemuda telah berkongsikan cara mendapatkan semula wang kertas yang sempurna setelah mengalami kerosakan seperti terkoyak mahupun terkena dakwat

Menerusi laman Twitter, Abdur Rahman Al Amin Bin Ismail telah berkongsikan gambaran tentang keadaan duit rosak atau terkoyak yang boleh ditukarkan di BNM serta nilainya.

Antaranya adalah sekiranya wang tersebut telah terkoyak lebih 2/3 daripada saiz asal wang kertas, antara 1/2 hingga 2/3 daripada saiz asal wang kertas atau kurang 1/2 daripada saiz asal wang kertas.

Bukan itu sahaja, sebenarnya BNM sememangnya mempunyai dasar yang membolehkan kita menukar wang kertas dan syiling yang dianggap "tidak sesuai untuk edaran".

Buat yang tidak tahu, selain daripada wang kertas yang terkoyak, kita juga boleh menukar wang kertas Malaysia yang telah robek, ber-selotape, terbakar atau dimakan oleh anai-anai, mereput, berconteng, dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, duit yang telah diconteng tidak boleh ditukar.

Susulan tularnya tweet tersebut, beberapa netizen ada yang berseloroh dengan memberikan cadangan yang ‘terlebih bijak’

Antara idea 'bijak' lagi menarik daripada netizen yang orang ramai mungkin boleh guna:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi perkongsian menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: