"Tu Bukan Lawan Kau, Ini Lawan Kau" - Sajat Bengang Lepas Tular Anak Buah Ditengking Guru
Difahamkan, kejadian yang melibatkan kanak-kanak berusia sembilan tahun itu berlaku pada 14 April yang lalu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular rakaman video murid perempuan ditengking guru, Sajat luah rasa bengang terhadap perkara yang dihadapi anak saudaranya itu
Menerusi video perkongsiannya di TikTok, Sajat meluahkan rasa kecewa dan bengangnya terhadap tindakan guru berkenaan terhadap murid perempuan terbabit.
"Mana Guru Besar? Sampai budak tu kena pindah sekolah, kalau budak kena pindah sekolah maknanya you yang ada masalah.
"Itu bukan lawan kau cikgu, ni lawan kau tu mak dia tu lawan kau, kau jangan nak macam tu, kalau kau nak record meh sini record dengan aku sekali, puas hati," katanya.
Dedah kanak-kanak terbabit miliki keluarga yang kurang sempurna
Tambah Sajat, anak saudaranya itu turut dikatakan tidak mempunyai keluarga yang sempurna di mana dia dibesarkan tanpa mendapat kasih sayang daripada seorang bapa.
"Sampai anak buah I kata kalau budak-budak lain tak ada dia nak marah macamtu, kalau time dia kena marah macam berlebihan.
"Janganlah buat macamtu, I tahu anak buah I tu dia macam mana, dia ada masalah keluarga yang tak sempurna, tiada ayah hanya bergantung kepada ibu sahaja.
"Bila you buat macamtu, apa dia rasa you faham tak maksud I, sedih tau, Lisa tu tak pernah rasa kasih sayang daripada seorang ayah, you buat macamtu mestilah dia akan sedih," ujarnya.
Murid perempuan itu kini dikatakan trauma untuk ke sekolah
Terdahulu, video rakaman yang tular tersebut telah dimuat naik oleh ibu kanak-kanak terbabit, Mustika di laman Instagram miliknya.
Mustika meluahkan rasa kesalnya terhadap tindakan guru berkenaan yang menyebabkan sehingga anaknya trauma mahu ke sekolah.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!