Trend Pengambilan Makanan Berat Lewat Malam Oleh Rakyat Malaysia Dilihat Membimbangkan
Perkara itu dikenal pasti melalui dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2024: Pemakanan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Berdasarkan dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2024: Pemakanan, trend pengambilan makanan berat lewat malam oleh rakyat Malaysia didapati membimbangkan
Menerusi laporan Berita Harian, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata dapatan utama tinjauan tersebut mendapati 41.8 peratus remaja dan 33.5 peratus dewasa mengambil makanan berat lewat malam sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Menurutnya, orang ramai disaran untuk mengurangkan pengambilan makanan berat lewat malam atau makan dalam kadar sederhana sahaja kerana aktiviti itu memberi kesan negatif kepada diri.
"Sebelum tidur, kurangkan makanan berat lewat malam bukan tidak boleh, tapi sentiasa bersederhana," katanya.
Aktiviti makan lewat malam difahamkan boleh memberi kesan negatif kepada gangguan kualiti tidur, masalah pencernaan dan peningkatan risiko penyakit jantung.
Lebih 60 peratus remaja dan hampir separuh orang dewasa di Malaysia ambil gula secara berlebihan
Tambah Dr Dzulkefly, 63.1 peratus remaja dan 47.0 peratus dewasa telah mengambil gula melebihi saranan pemakanan di mana hampir separuh daripada jumlah itu berpunca daripada pengambilan minuman yang bergula.
Bagi dapatan lain seperti pengambilan garam pula, 75.9 peratus populasi dewasa mengambil garam melebihi saranan 5g sehari (1 sudu teh) iaitu sebanyak 1 setengah sudu teh garam (7.3 g).
"Semua diseru membudayakan hidup sihat, aktif, corak pemakanan dan kaedah masak yang baik, kerana diet bermula dengan masakan yang bagus.
"Jalani saringan pemakanan dan kesihatan percuma termasuk di Wellness Hub Kementerian Kesihatan," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!