seismik

Trend 'Man Mum' Tular Di China, Lelaki Tawar Pelukan Lima Minit Dengan Bayaran RM33

Wah, senang betul ya kerja dia.

Cover image via South China Morning Post

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Percaya atau tidak, segelintir wanita muda di China sanggup membayar 50 yuan (RM33) untuk pelukan selama lima minit daripada lelaki yang dikenali sebagai 'man mum'

Menurut laporan Sinar Harian, fenomena 'man mum' asalnya merujuk kepada lelaki berbadan sasa yang gemar ke gimnasium.

Namun, istilah itu kini digunakan untuk menggambarkan lelaki yang bukan sahaja tegap secara fizikal, malah memiliki sifat penyayang, sabar dan lemah lembut atau ciri-ciri yang dianggap keibuan.

Baru-baru ini, seorang pelajar universiti yang tertekan dengan tugasan tesisnya meluahkan hasrat untuk membayar pelukan daripada 'man mum'.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian

"Saya pernah dipeluk sekali sewaktu sekolah menengah, dan waktu itu saya rasa sangat selamat. Kita hanya perlu peluk lima minit di stesen kereta bawah tanah," katanya.

Kebiasaannya, wanita memilih 'man mum' berdasarkan paras rupa, adab, kesabaran dan bentuk tubuh

Langkah pertama sebelum mereka bertemu adalah perbualan secara peribadi. Difahamkan, sesi pelukan itu selalunya diadakan di kawasan awam seperti stesen kereta api bawah tanah atau pusat beli-belah dengan bayaran antara 20 hingga 50 yuan (RM13 hingga RM33).

Malah, wanita berbadan tinggi dan atletik juga tidak terkecuali daripada dipilih sebagai 'man mum'.

Berikut adalah pengalaman daripada salah seorang wanita yang pernah membayar  servis pelukan tersebut.

"Lelaki itu menepuk bahu saya dengan lembut ketika saya melepaskan tekanan tentang bos saya," katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Fimela

Bagi sesetengah lelaki pula, menjadi 'man mum' membuat diri mereka rasa lebih dihargai

Seorang lagi lelaki yang dikenali sebagai Zhou berkata, kebanyakan pelanggannya mengalami tekanan kerja dan keresahan tentang penampilan diri.

Sehingga April lalu, Zhou telah memberikan 34 pelukan dan memperoleh pendapatan sebanyak 1,758 yuan (RM1,130).

Dia turut menjaga penampilan dengan memakai solekan, minyak wangi dan menggayakan rambut sebelum sesi pelukan itu berlangsung. Walau bagaimanapun, Zhou menegaskan dia tidak bercadang menjadikan pelukan sebagai punca pendapatan utama.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: