seismik

Tragedi UPSI: Pemandu Bas Miliki Rekod 18 Saman, 13 Daripadanya Kesalahan Memandu Laju

Difahamkan 16 rekod saman ke atas bas terbabit sudah dijatuhkan hukum manakala baki lima saman masih dalam siasatan.

Cover image via Bernama

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebanyak 18 saman disahkan polis telah diberi kepada pemandu bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terbabit dalam kemalangan mengorbankan 15 mangsa di Gerik

Menerusi laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata siasatan juga mendapati bas terbabit turut mempunyai rekod sebanyak 21 saman dikeluarkan atas kesalahan trafik.

Menurut Mohd Yusri, daripada 18 saman itu, sebanyak 13 saman dikeluarkan atas kesalahan memandu laju, satu kesalahan kemalangan, tiga kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar dan satu kesalahan tiada lampu brek ketiga.

"Semua 18 saman itu masih belum diselesaikan lagi.

"Bagaimanapun rekod saman ke atas bas terbabit, 16 sudah dijatuhkan hukum manakala baki lima saman masih dalam siasatan," katanya.

Image via Bernama

PDRM tubuhkan pasukan petugas khas untuk siasat kemalangan membabitkan bas sewa khas tersebut

Terdahulu, Mohd Yusri berkata, PDRM dengan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Pengangkutan Awam Darat dan pihak berkaitan akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat nahas itu secara menyeluruh.

"Kita akan melengkapkan kertas siasatan secepat mungkin untuk kita mendakwa pemandu (bas) terbabit di mahkamah.

"Kita akan menyiasat dalam pelbagai sudut dari segi rekod (kesalahan), latar belakang, kegiatan dan kerjaya dia sebelum ini, kita akan siasat semuanya," katanya.

Seramai 15 pelajar UPSI terkorban manakala tujuh mengalami cedera parah selepas bas yang dinaiki mereka terbalik dalam kemalangan pada 9 Jun, jam 1.15 pagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: