Tok Mat Cadang 'WFH' & Kelas Online Semasa ASEAN Summit Susulan Isu Penutupan Jalan
Perkara ini diumum susulan isu yang dihadapi orang ramai ketika beberapa jalan-jalan utama di sekitar Lembah Klang ditutup baru-baru ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menteri Luar Negeri, Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan bercadang untuk membawa usul orang ramai boleh bekerja dari rumah pada Sidang Kemuncak ASEAN yang akan datang
Menerusi perkongsian video @teamtokmat di TikTok, beliau memberi cadangan berikut setelah melihat beberapa isu yang dihadapi rakyat apabila terdapat beberapa jalan utama di Lembah Klang ditutup baru-baru ini.
"Boleh jadi pada ASEAN Summit atau Sidang Kemuncak ASEAN pada penghujung bulan Mei nanti dan juga penghujung bulan Oktober tahun ini.
"Saya ingin mencadangkan kepada Kabinet agar kakitangan daripada jabatan-jabatan tertentu dibenarkan bekerja dari rumah, dan sekolah pula melaksanakan sesi pembelajaran secara dalam talian bagi mengurangkan kesesakan serta mengelakkan kesulitan kepada rakyat, terutamanya di Lembah Klang dan Kuala Lumpur," katanya.
Turut meminta maaf bagi pihak Kerajaan di atas masalah dihadapi orang ramai disebabkan penutupan jalan
Sebelum mengemukakan cadangan tersebut, beliau dilihat memohon maaf terhadap semua yang terkesan disebabkan penutupan jalan baru-baru ini.
"Saya juga nak minta maaf kepada mereka semua rakyat Malaysia terutamanya di Wilayah Persekutuan kerana terpaksa berhadapan dengan jalan yang ditutup," katanya.
Terdahulu, beberapa jalan utama di sekitar Lembah Klang telah ditutup sempena lawatan tiga hari oleh Presiden China ke Malaysia baru-baru ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!