seismik

[TIPS] Memilih Warna Lipstick Yang Sesuai Dengan Tona Warna Kulit

Lebih yakin, menarik dan elegan!

Cover image via CNN

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pemakaian lipstick amat penting terutama kepada kaum wanita untuk nampak kekal cantik

Ini kerana tanpanya mungkin kita akan kelihatan kusam, pucat dan tidak menarik. Apatah lagi, kalau tersalah beli warna yang kurang sesuai pada bibir kita.

Mungkin untuk orang yang masih berjinak-jinak dengan makeup dan mencari warna lipstick yang sesuai itu susah tapi tidak mengapa! Tapi, untuk memilih lipstick yang sesuai dengan warna kulit adalah dengan mengetahui tona kulit anda.

Untuk pengetahuan semua, kita mempunyai tiga warna kulit iaitu, cool (kulit wajah lebih pucat, putih dan terang) , warm (sawo matang), dan neutral (kulit gelap). 

Image via Her Style Code

1) Kulit fair (cool)

Untuk kulit wajah putih pucat, warna lipstik yang sesuai adalah yang tidak terlalu menyala dan natural seperti warna pink, pink pastel, atau pink magenta. Peaches dan nude sheens juga amat sesuai untuk ton kulit cerah. 

Warna bibir yang perlu dielakkan adalah warna warm dan orange-based kerana ia boleh menyebabkan nampak kasar terhadap kulit cerah. Gunakan rona blue-based dan rona merah jambu peachy untuk penampilan terbaik anda.

Image via The List

2) Kulit neutral (medium)

Warna kulit kuning langsat sesuai menggunakan lipstick warna pink yang agak tua dan pink-peach untuk kelihatan natural. Untuk mendapatkan sexy look pula, gunakanlah lipstick berwarna merah menyala atau orange terang. 

Tetapi berhati-hati dengan warna pastel terang dan cerah kerana ia boleh membuatkan anda kelihatan pucat. Juga elakkan daripada warna merah dan ungu yang berasaskan biru, kerana ia boleh membuatkan anda kelihatan kusam dan tidak menarik.

Image via Who What Wear

3) Kulit dark (warm)

Terdapat beberapa shade untuk kulit wajah warm ini iaitu sawo matang, tan skin dan hitam. Mereka yang berkulit wajah ini mampu menarik perhatian sesiapa sahaja dan penuh elegan! Warna yang lebih dalam kelihatan menakjubkan pada warna kulit ini.

Untuk anda yang berkulit sawo matang dan tan, gunakan warna pink pastel gelap untuk natural look. Penampilan yang simple tapi elegant pula, guna lipstik berwarna coklat muda atau peach gelap. Bagi penampilan sexy, disyorkan gincu berwarna ungu magenta dan coklat kemerahan.

Jika anda mempunyai kulit coklat tua dan hitam, untuk mendapatkan natural look, guna lipstick warna ungu muda atau ungu tua. Manakala, untuk penampilan simple, lipstick warna coklat muda atau coklat tua adalah yang sesuai.

Tapi jangan risau, kalau anda ingin lebih bergaya dan ingin nampak seksi, gunakan lah lipstick berwarna ungu kemerahan dan merah bata terang. 

Namun, hati-hati dengan warna light nudes dan pastel kerana ia boleh menjadi agak pelik pada warna kulit ini.

Image via makeup

Berguna tak tips yang admin bagi ni? Kalau ya mari sama-sama kita ubah untuk kelihatan lebih cantik dan menarik, jadi macam artis gitchew letops! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik mengenai kecantikan di SAYS Seismik:

You may be interested in: